Kredit foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Penyanyi dan chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dirinya pernah bergelar pencuci tandas dan pencuci pinggan di restoran India sewaktu melanjutkan pelajaran di New Zealand dahulu.
Jelasnya, niat asalnya hanyalah untuk mendapatkan sejumlah wang tambahan demi menyara pengajian.
Kredit foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
"Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ketika berusia 18 tahun, saya pernah bekerja separuh masa sebagai pencuci tandas di sebuah restoran India.
"Perkara itu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan sebelum saya dinaikan pangkat jadi pencuci pinggan, gaji ketika itu 10 dolar sejam dan sehari saya bekerja selama lapan jam," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.
Fazley membuat kenyataan tersebut di Majlis Pelancaran Portal Membeli-Belah Jaya Grocer yang berlangsung di Starling Mall, Damansara Uptown baru-baru ini.
Tambah Fazley, minatnya mula bercambah dalam dunia masakan apabila diberi peluang untuk menjadi tukang masak ketika ketiadaan chef di restoran itu.
Penyanyi lagu Bila April itu kemudiannya mencari jalan untuk mendalami minat barunya di samping menanam cita-cita menjadi chef profesional.
Kredit foto: Instagram Datuk Fazley Yaakob
"Dari situ saya belajar memasak dan mengenali rempah-rempah. Kadang-kadang kalau cef tiada saya yang kena masak makanan kepada pelanggan.
"Bermula dari situ minat memasak saya datang sebelum saya bertekad ingin fokus terhadap bidang ini dan mencari pelbagai rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk bergelar seorang cef," dedahnya lagi.
Untuk info, Fazley merupakan Juara MasterChef Selebriti Malaysia tahun 2012.
Sumber berita: Astro Gempak