Oleh pada 24 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Media Hiburan & Instagram Alvin Chong

Umum sedia maklum dengan program realiti televisyen The House Musim Keempat yang akan menggandingkan pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong.

Membawa konsep bromance, pasangan pelakon itu dituntut untuk tinggal sebumbung di kawasan yang diputuskan perhubungannya daripada dunia luar.

Pelbagai aktiviti dan cabaran perlu dilalui sepanjang program berlangsung hingga membuatkan mereka menjadi rapat.

Dalam sebuah wawancara terbaru, Alvin mendedahkan pengalamannya mengenali karakter Fattah dengan lebih mendalam.

Jika di luar Fattah adalah seorang yang suka control macho, cakap pun slow and steady tetapi bila waktu penggambaran saya dapat tahu rupanya dia ada sifat kebudak-budakkan. Malah ada kalanya dia kelihatan agak lonely seperti tidak ramai kawan, mungkin susah nak berkawan dengan orang sebab mungkin pengalaman pernah dikhianati oleh rakan sendiri jadi dia mengambil langkah berjaga-jaga.

fattah amin lonely tidak ramai kawan alvin chong buka mulut 2

Kredit foto: Mstar

Tapi saya gembira apabila dia beritahu saya adalah salah seorang kawan paling rapat yang dia ada. Saya tahu bukan senang nak berkawan tetapi apa yang boleh saya katakan, selepas The House Musim Ke-4, dia adalah seorang daripada rakan karib saya. Kami boleh bercakap tentang kehidupan peribadi dan benda yang kita pernah lalui. Malah dia juga turut memberi tips dan tunjuk ajar memandangkan tidak lama lagi saya akan memegang watak yang berat dalam sebuah drama tayangan Astro dan saya akui ada masa perlukan sokongan moral daripada seorang kawan seperti dia.

Alvin mengakui Fattah seorang lelaki yang sangat pemalu dan juga pendiam. Sewaktu program berkenaan berlangsung, Alvin meminta Fattah supaya sentiasa berkomunasi supaya dia dapat membaca fikiran aktor itu.

fattah amin lonely tidak ramai kawan alvin chong buka mulut 3

Kredit foto: Youtube Liya Dior

Ya, mungkin ramai tidak tahu. Fattah memang seorang yang pemalu dan susah nak keluarkan apa yang dia rasakan tetapi untuk memastikan kami terus bercakap dalam program tersebut, saya sering mengingatkan dia supaya terus berkomunikasi dan sekiranya ada situasi yang menyebabkan dia tidak selesa, berterus-terang sahaja dan jangan simpan sendiri.

Pengalaman selama sembilan hari menjalani penggambaran membuatkan Alvin sedar tentang banyak perkara yang tidak diketahuinya perihal aktor berkenaan. Tinggal bersama tanpa sebarang gangguan memberi peluang untuk mereka mengenali sesama sendiri. 

Banyak benda yang saya tidak tahu pasal dia dan apabila dapat peluang duduk bersama, baru saya tahu rupanya kami ada banyak persamaan, latar belakang dan pengalaman. Kami sempat berkongsi momen apabila pernah dijatuhkan oleh peminat sendiri, kecaman netizen dan dikhianati oleh rakan serta pengurusan sendiri. 

Kepada para peminat Fattah dan Alvin, jangan lupa saksikan tayangan program The House yang mula bersiaran pada 20 September ini. 

Sumber berita: Media Hiburan



Hakcipta iluminasi.com (2017)