Oleh pada 21 Aug 2017 kategori

Kredit foto: siakapkeli.my & Instagram Budiey

Aktres Fazura hilang punca ketika ditanyakan tentang perasaannya apabila menerima sejambak bunga ros daripada aktor Fattah Amin pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Mungkin terkedu dengan soalan yang ditanyakan media, Fazura hanya mampu mengaitkan babak romantis itu dengan lakonan mereka dalam drama terdahulu, Hero Seorang Cinderella.

Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak move on. Memang tak akan move on.
Sumber: Mstar

Fazura mengulas momen Fattah naik ke pentas menghadiahkannya sejambak bunga sejurus selepas dia memperkenalkan koleksi terbarunya di bawah jenama House of Doll by Fazura.

Menghangatkan lagi keadaan adalah sorakan ribuan penonton yang hadir pada malam tersebut.

Difahamkan, sebelum melangkah ke pentas Fattah sempat memohon izin daripada ibu Fazura yang ada bersama.

Momen itu juga dirakam dalam bentuk video dan menjadi tular di media sosial.

Rata-rata netizen tidak dapat menafikan Fattah sebagai seorang jejaka yang budiman lagi romantik serta menyifatkan Fazura sebagai wanita yang bertuah kerana memilikinya.

"Tak perlu move on lah Fazura. Kami hari-hari tidak boleh move on, asyik tunggu semut datang hinggap."

"Pasangan paling secocok dan harap-harap Fazura dan Fattah akan bertemu jodoh."

"Comel sangat mereka. Fattah pun sangat gentlemen."  

"Beruntung kalau Fazura dapat memiliki Fattah, dia adalah lelaki sejati."  

"Kagum dengan awak! Susah hendak cari lelaki yang sejati macam ni. Doakan yang baik-baik."

"Bahagian yang paling menarik pada malam itu, Fattah minta restu bakal ibu mertua... sangat comel."

Sumber: Mstar  

Kredit video: Youtube Nurul Ain




Hakcipta iluminasi.com (2017)