Kredit foto: budiey.com
Di ketika ini, pasangan pelakon drama Hero Seorang Cinderella (HSC) iaitu Fattah Amin dan Fazura antara yang menjadi bualan hangat di kalangan netizen kerana bibit-bibit cinta yang berputik antara mereka.
Lebih menarik cinta tersebut bermula apabila mereka membintangi drama bersiri sensasi HSC. Dalam istilah kata yang lebih mudah, cinta lokasi.
Tidak dinafikan selepas Fattah mengumumkan perhubungan mesra yang terjalin antara dirinya dan Fazura, ia menghangatkan lagi sambutan peminat terhadap drama berkenaan.
Namun dengar khabar ada antara rakan selebriti yang kurang senang dengan pasangan popular ini.
Meskipun tidak menyatakan dengan jelas, aktor Remy Ishak dilihat ramai seakan menyindir perhubungan mereka menerusi laman mikro Twitter.
Kredit foto: Twitter Remy Ishak
Lebih membuatkan netizen berang apabila Remy menulis status keduanya yang ternyata lebih "menusuk kalbu".
Kredit foto: Twitter Remy Ishak
Tidak membiarkan pelakon itu terlepas daripada hukuman, netizen menyerang kembali status panas Remy dengan sindiran pedas terhadap masa silam aktor berkenaan. Anda masih ingat lagi?
Kredit foto: Beautifulnara
Serangan balas netizen agak "padu" sehingga Remy mengambil tindakan berdiam diri daripada sebarang status susulan. Mungkin ada baiknya kita mengingatkan seseorang tentang masa silamnya kerana kadang-kadang mereka terlupa.
Menyentuh kenyataan yang dibuat Remy, pada kami itu adalah hak individu untuk menjalinkan hubungan meskipun ia mungkin hanya berhajat untuk menaikkan jumlah tontonan drama. Asalkan tak mengganggu kehidupan Remy rasanya tak ada masalah, bukan?