Kredit foto: Instagram.com/farahdhiya_fd
Seringkali diajukan tentang soal jodoh yang masih belum ditemui, penyanyi dan pelakon putih gebu, Farahdhiya menjelaskan tanggapan para lelaki teruna yang merasakan dia seorang yang bercitarasa tinggi mungkin menjadi antara punca.
Ya, itulah antara dilema yang saya hadapi sejak dulu di mana ada di antara mereka ini (lelaki bujang) menganggap saya seorang wanita bercitarasa tinggi sehingga mereka takut untuk dekati saya. Sebaliknya saya ni biasa-biasa saja.
Pun begitu ini tidak bermakna saya nak mencari lelaki sebaliknya, tetapi itulah yang berlaku .
Pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin yang sudah berganjak ke usia 33 tahun itu turut menegaskan yang dia mahu mengelak dari bertemu jodoh dengan lelaki yang bergelar suami orang.
Siapa yang nak berkongsi suami? Tetapi siapa pula saya untuk menentukannya kerana jodoh itu adalah rahsia Allah.
Cuma kalau ditanya secara peribadi pada saya, suami orang... No! duda tu mungkin masih boleh diterima.
Seringkali memuatnaik foto resepi masakan di dapur menerusi Instagramnya membuatkan segelintir netizen berfikiran yang Farahdhiya sengaja mahu memikat hati para lelaki yang masih bujang.
Sebenarnya saya seronok berkongsi resipi kepada peminat di Instagram kerana saya difahamkan ramai di antara mereka mula terinspirasi untuk 'masuk dapur' setiap kali melihat saya buat tutorial memasak biarpun resipi tersebut saya main belasah je .
Malah, memasak memang sudah menjadi hobi aktres itu di waktu lapang untuk dimakan bersama ayah tercinta serta memasang impian untuk memiliki restoran sendiri kelak.
Sumber berita: mStar Online