Siapa di antara anda yang mempunyai tabiat menggigit kuku? Bagi yang gemar menggigit kuku, selepas anda membaca semua fakta ini mungkin anda akan berusaha untuk meninggalkan 'habit' ini. Hal ini kerana, banyak keburukannya dari segi kesihatan.

Seperti yang kita tahu, jari dan mulut terdapat banyak kuman dan bakteria yang kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Oleh sebab itu, sebelum hendak membuat apa-apa, kita perlu mencuci tangan terlebih dahulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

gigit kuku 2

Mengapa tabiat menggigit kuku ini berlaku?

Ramai orang kaitkan tabiat ini dengan masalah psikologi kerana kebanyakan daripada mereka memberi jawapan sejak dari kecil lagi sudah biasa menggigit, jadi ia sudah terbiasa sehingga sekarang.

Oleh demikian, ia amat sukar untuk mereka membuang 'habit' ini. Walaupun ditegur banyak kali, pendek kata ia sangat susah untuk berhenti. Tidak kira sama ada jari itu sudah sampai berdarah-darah pun masih tetap diteruskan juga.

Jom kita lihat fakta-fakta berikut:

1. Syurga bakteria dan kulat

gigit kuku 3

Sebenarnya, di bawah kuku kita terdapat banyak bakteria dan kulat yang tinggal di situ. Kalau anda menggigit kuku, sudah tentulah semua bakteria ini akan terus masuk ke dalam mulut anda tanpa anda sedar. Jadi, untuk mengelakkan anda diserang penyakit disebabkan 'bad habit' tersebut, berhentilah menggigit kuku anda dari sekarang.

2. Jangkitan kulit

gigit kuku 4

Menurut 'American Academy of Dermatology (AAD)', orang yang menggigit kuku ini mudah terdedah kepada "paronychia", iaitu sejenis jangkitan kulit yang berlaku di sekitar kuku anda. Semasa anda mengunyah kuku, bakteria, yis, dan mikroorganisma lain boleh masuk melalui air liur, dan membawa kepada bengkak, kemerahan dan nanah di sekeliling kuku anda.

3. Masalah pergigian

gigit kuku 5

Gigi anda mungkin beralih dari kedudukannya yang betul, menjadi rosak, dan menjadi lemah jika anda menggigit kuku anda dari semasa ke semasa. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan gigi anda mudah tertanggal di kemudian hari jika sering menggigit kuku.

4. Mengganggu pertumbuhan kuku

gigit kuku 6

Kemungkinan besar kuku itu tidak boleh tumbuh semula kerana apabila digigit sehingga tahap kronik, ia boleh mengganggu kuku tersebut untuk tumbuh. Anda mahu begitu?

4 Tips untuk hentikan 'bad habit' ini :

  • Catatkan apa aktiviti harian anda yang menyebabkan punca untuk anda mulakan 'bad habit' ini seperti menonton tv atau yang lain.
  • Balut hujung jari anda dengan plaster.
  • Pastikan kuku anda sudah dipotong pendek.
  • Pastikan anda sibuk dengan aktiviti lain seperti bermain games atau bersukan yang dapat menghalang anda dari gigit kuku.

Kuku merupakan lambang kebersihan seseorang sebenarnya. Kuku juga penting untuk membina keyakinan diri kita apabila hendak pergi temu duga atau berjumpa dengan orang lain.

Oleh sebab itu, dalam Islam melarang kita berkuku panjang. Tetapi, bukan dengan cara menggigit kuku untuk jadikan ia pendek. Kita perlu sentiasa pastikan kuku telah dipotong pendek dan kelihatan bersih serta nampak kemas.

Menjaga kebersihan diri sama seperti menjaga kesihatan tubuh badan kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Rujukan :

Fakta gigit kuku

Keburukan gigit kuku




Hakcipta iluminasi.com (2017)