Seringkali kita gemar melakukan sesuatu perkara setiap hari kerana ianya sudah menjadi kebiasaan. Inilah yang dipanggil tabiat. Malangnya, tabiat harian ini kadang-kadang tanpa disedari boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan, sama ada dalam jangka masa pendek mahupun lama.Mari ketahui beberapa tabiat harian yang perlu kita elakkan agar kita sentiasa sihat.

1. Menggunakan telefon pintar sebelum tidur

Ini merupakan tabiat yang paling gemar dilakukan kebanyakan orang. Biasanya setelah menutup lampu bilik untuk tidur, kita akan meluagkan masa menggunakan telefon melayan video, Facebook, Instagram dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada yang melayan telefon sehingga tertidur. Tahukah anda tabiat ini hanya akan mempercepatkan mata anda menjadi rabun. Maka tidak hairanlah sekiranya pada zaman sekarang ramai kanak-kanak yang masih kecil sudah menggunakan cermin mata akibat tabiat penggunaan telefon.

2. Tidak mengambil sarapan pagi

Ada segelintir orang yang tidak makan sarapan pagi. Alasan yang selalu diberikan adalah kerana tiada selera mahupun tiada masa. Mengambil sarapan pada waktu pagi adalah penting untuk tenaga yang diperlukan oleh badan untuk melakukan kerja-kerja seharian.

sarapan pagi

Tabiat tidak mengambil makanan pada waktu pagi membantu kenaikan berat badan. Hal ini kerana metabolisma badan tidak berfungsi dengan baik untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Selain itu, orang yang tidak makan pada waktu pagi selalunya akan makan berlebihan pada waktu tengah hari kerana terlampau lapar.

3. Duduk terlalu lama di harapan komputer atau televisyen

Bagi yang kerja di pejabat, adalah normal bagi kebanyakan pekerja untuk duduk di kerusi dalam jangka masa yang agak lama. Tahukah anda, tabiat ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan?

Duduk untuk jangka masa yang lama meningkatkan risiko serangan jantung dan menghidap diabetes. Sekiranya anda perlu duduk dalam jangka masa yang lama, biasakan untuk bangun dan berjalan-jalan sebentar setelah duduk beberapa jam.

4. Menggosok gigi sebaik sahaja makan

Untuk menjaga kesihatan gigi, kita perlu menggosok gigi beberapa kali sehari terutamanya pada waktu pada dan pada waktu malam sebelum tidur. Walau bagaimanapun, sekiranya anda hendak menggosok gigi, pastikan ianya dilakukan sekurang-kurang setengah jam selepas anda makan.

gosok gigi

Menggosok gigi sebaik sahaja anda habis makan boleh mempercepatkan proses penapisan enamel gigi, terutamanya sekiranya makanan tersebut bersifat asidik.

5. Memakai seluar jeans yang terlalu ketat (skinny jeans)

Orang yang gemar memakai seluar jeans yang ketat atau dipanggil skinny jeans boleh dianggap sebagai mangsa fesyen. Seluar jenis skinny ini mungkin dianggap cantik bagi sesetengah orang tapi ianya mempunyai kesan buruk kepada tubuh badan anda.

skinny jeans

Pemakain seluar yang ketat ini sebenarnya akan mengganggu kelancaran darah keseluruh tubuh anda dan boleh menyebabkan ianya mengganggu sistem saraf anda. Untuk bacaan lanjut, sila baca artikel Skinny jeans given health warning (BBC) ini.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)