Walaupun merupakan antara orang terkaya di dunia, ramai orang memuji kehidupan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facecbook Mark Zuckerberg yang mengamalkan gaya hidup penuh sederhana. Dari segi pemakaian, tempat tinggal sehinggalah kepada kereta yang digunakan, Mark Zuckerberg dilihat seperti orang kebanyakan sahaja.

Malah, beliau juga dilihat mampu hidup secara bebas bersama isteri dan anak mereka bersiar-siar di tempat awam tanpa sebarang pengawal peribadi. Dengan kekayaan yang dimiliknya, sudah tentu keselamatannyan dan keluarga sangat penting kepada pihak Facebook sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perbelanjaan untuk kawalan keselamatan tambahan

mark zuckerberg 726

Baru-baru ini, pihak Facebook telah menyatakan dalam penyata kewangannya bahawa untuk tahun 2018 sahaja, mereka telah membayar CEOnya itu tambahan sebanyak $13 juta bagi tujuan keselamatan peribadi dan perjalananya.

Jumlah ini termasuklah peruntukan baru sebanyak $10 juta dalam bentuk elaun sebelum cukai untuk perbelanjaan keselamatan tambahan seperti pengawal peribadi, kelengkapan dan servis serta penambahbaikan tempat tinggalnya.

Menurut jurucakap Facebook, Mark Zuckerberg begitu sinonim dengan Facebook dan sebarang sentimen negatif terhadapnya mungkin akan memberi kesan buruk terhadap imej Facebook secara langsung dan tidak langsung.

Sama seperti kebanyakan CEO lain, Mark Zuckberg hanya menerima gaji sebanyak $1 sahaja setahun. Selain itu, beliau juga tidak mendapat sebarang bayaran bonus dan stok pada tahun 2018. Walau bagaimanpaun, bayaran pampasan keseluruhan yang diterimanya meningkat adripada $9.1 juta pada tahun 2017 kepada $22.6 juta pada tahun 2018 untuk menampung peningkatan kos keselamatan untuknya.

Peningkatan kos ini dikatakan berpunca daripada ugutan-ugutan yang diterima oleh Mark Zuckerberg dan Facebook terhadap pelbagai isu dan skandal yang dihadapi oleh Facebook.

Peningkatan skandal yang dihadapi Facebook 

kongres amerika

Facebook membayar bagi pengawal keselamatan peribadi bagi Zuckerberg dan  keluarganya di rumahnya dan ketika dia bergerak ke mana sahaja. Kira-kira $2.6 juta pakej pampasan Zuckerberg pada 2018 adalah untuk perjalanan menggunakan pesawat peribadi yang dikatakan adalah sebahagian daripada program keselamatan mereka.

Tahun 2018 menyaksikan Facebook memasuki tahun kedua mereka menghadapi pelbagai skandal yang telah mencalarkan imej mereka. Skandal terbesar yang dihadapi mereka adalah skandal Cambridge Analytica yang dikatakan telah menyalahgunakan maklumat peribadi pengguna media sosial itu.

Skandal Cambridge Analytica menyaksikan data 87 juta orang pengguna yang dikutip syarikat itu telah digunakan secara salah untuk tujuan politik dan menyebarkan kebencian dan fahaman ketuanan orang putih (white supremacy). Untuk bacaan lanjut mengenai perkara ini, sila baca artikel kami Cambridge Analytica: Siapa Mereka Dan Apa Kerja Mereka?.

Pendedahan skandal ini telah menarik perhatian ramai pihak dan banyak laporan yang dibuat terhadap Facebook agar mereka bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Malah, Mark Zuckerberg sendiri telah dipanggil untuk membuat penjelasan di hadapan Kongres Amerika Syarikat mengenai apa yang telah terjadi.

Bukan itu sahaja, Facebook juga diserang oleh ahli politik daripada Parti Demokrat yang mendakwa terdapat campurtangan Russia sewaktu kempen pilihan raya Presiden pada tahun 2016. Sepanjang tahun 2015 hingga 2017, mereka mendakwa terdapat peningkatan mendadak iklan-iklan di Facebook yang dibiayai oleh individu-individu daripada Russia.

Peningkatan perbelanjaan keselamatan untuk eksekutif lain

facebook 615

Dalam pendedahan penyata kewangan yang dibuat juga, Facebook menyatakan bahawa mereka juga turut meningkatkan perbelanjaan bagi keselamatan peribadi bagi eksekutif dan orang atasan syarikat itu antaranya Ketua Pegawai Operasi (COO) mereka, Sheryl Sandberg.

Dalam fail yang didedahkan itu, Sheryl Sandberg yang menerima gaji asas sebanyak $850,000 pada tahun lalu turut menerima peruntukan tambahan untuk kawalan keselamatan peribadinya sekitar $1.1 juta. Sebagai sebuah syarikat gergasi teknologi, apa yang dilakukan oleh Facebook ini semestinya sudah dijangka dan perkara sama juga telah dilakukan oleh banyak syarikat gergasi yang lain.

Kredit:

  1. CNN
  2. CNBC



Hakcipta iluminasi.com (2017)