Brian Well merupakan seorang penghantar piza di restoran Mama-Mia’s Pizza-Ria. Pada hari kejadian, dia bekerja seperti biasa sehinggalah terdapat satu pesanan piza pada jam 1.30 PM.
Lelaki berusia 46 tahun ini diarahkan untuk menghantar 2 keping piza bersaiz kecil ke sebuah alamat yang terletak di pinggir bandar.
Namun, apabila Brian sampai di alamat tersebut, segala-galanya berubah dengan pantas. Alamat yang yang mana Brian dihantar bukanlah sebuah rumah tetapi sebuah menara transmisi TV yang dikelilingi oleh hutan.
BESARKAN TEKS A- A+
Kisah sebenar yang berlaku di situ kekal misteri, namun apa yang diketahui adalah seseorang telah memasangkan bom kolar pada leher Brian.
Kemudian, Brian Well diarahkan untuk merompak sebuah bank, dan jika dia enggan, bom tersebut akan meletup.
Maka bermulalah antara satu kisah rompakan bank yang paling pelik dalam sejarah, yang menginspirasikan siri Netflix bertajuk "Evil Genius".
Meminta wang RM1 juta dari bank
Ketika berada di bank tersebut, Brian memberikan satu nota kepada juruwang menuntut wang sebanyak RM1 juta dalam masa 15 minit.
Walaubagaimanapun, juruwang tersebut menjelaskan bahawa dia tidak dapat mengumpulkan jumlah wang yang sebegitu banyak dalam masa 15 minit, dan hanya memberikan RM35,708 kepada Brian.
Walaupun Brian membawa sepucuk pistol yang direka khas dalam bentuk tongkat, dan walaupun penjenayah yang memasangkan bom di lehernya memberitahu bahawa dia sedang diperhatikan, namun Brian yang berasa gementar dan takut akhirnya meninggalkan bank dengan wang yang diberikan juruwang itu.
Sejurus kemudian, pihak bank menghubungi polis yang dengan pantas menemui Brian Well sedang berdiri di luar keretanya di sebuah lot parkir. Dan ketika inilah semuanya bertukar menjadi satu adegan ngeri.
Brian memberitahu pihak polis bahawa seseorang telah memasang bom di lehernya dan ia akan meletup melainkan jika dia menyelesaikan "scavenger hunt" yang akan memberinya kunci dan kod untuk membebaskan diri dari peranti itu.
Ketika polis menghubungi skuad bom dan berlindung daripada kemungkinan berlakunya letupan, Brian duduk di lot parkir sebuah kedai cermin mata berhampiran bank tersebut.
30 minit selepas rompakan dilakukan dan 3 minit sebelum skuad bom tiba, Brian ditimpa nasib malang apabila bom tersebut meletup.
Letupan tersebut membuatkan dada Brian berlubang dan membunuhnya di tempat kejadian.
Penyiasatan bermula
Pihak berkuasa kemudian mula mencari kereta Brian yang membawa kepada petunjuk "scavenger hunt" tersebut, yang mana membuktikan bahawa segala apa yang diberitahu oleh Brian adalah benar.
Klu pertama telah diperoleh oleh Brian pada waktu di antara dia meninggalkan bank dan ketika polis menemuinya.
Ia merupakan nota dua muka surat menjelaskan bahawa petunjuk yang lain akan membolehkannya dia terus hidup dan kemudiannya mengarahkannya ke petunjuk seterusnya.
Namun apabila pihak polis sedang mengikut telunjuk petunjuk seterusnya, mereka mendapati bahawa seseorang telah mengubahnya.
Pihak berkuasa mempunyai alasan yang lebih kuat untuk mengesyaki bahawa Brian Wells berada di pihak yang benar dan terdapat lebih daripad seorang yang merancang plot aneh ini.
Dan bukan sahaja plot Evil Genius ini tersangat aneh, malah ia sangat rumit dan penuh dengan cerita-cerita yang bertentangan dari mereka yang terlibat.
Penjenayah pertama muncul
(Bill Rothstein)
Perkara yang menjadi lebih rumit tiga minggu selepas rompakan bank yang gagal itu apabila seorang lelaki bernama Bill Rothstein menelefon pihak polis dan mengaku bahawa terdapat mayat di dalam peti sejuknya.
Selepas tiba di rumahnya, pihak polis mendapati bahawa mayat tersebut adalah seorang lelaki bernama James Roden.
Polis tidak lama lagi mendapati bahawa tubuhnya adalah milik seorang lelaki bernama James Roden. Pada mulanya, Bill memberitahu polis bahawa kematian James tidak ada kaitan dengan kes Brian Wells.
(marjorie diehl armstrong semasa muda)
Sebaliknya, beliau berkata bekas teman wanitanya bernama Marjorie Diehl-Armstrong telah membunuh James dalam pertikaian berhubung wang dan meminta bantuannya untuk melupuskan mayat tersebut.
Dia pada awalnya bersetuju untuk membantu tetapi kini memutuskan dia tidak dapat meneruskannya, kata Bill.
Tidak lama kemudian, Bill mendakwa bahawa Marjorie Diehl-Armstrong yang mempunyai rekod jenayah lampau dan tinggal bersama James Roden sebulan sebelum rompakan, merancang untuk merompak bank.
(James Roden)
Bill memberitahu rancangan tersebut dibuat oleh kerana Marjorie memerlukan wang untuk mengupah pembunuh bagi membunuh bapanya.
Tujuan rancangan pembunuhan ini adalah kerana bapa Marjorie menggunakan wang yang diwarisinya sewenang-wenangnya, dan inign menghentikan sebelum wang tersebut habis.
Marjorie membunuh James apabila James mengugutnya untuk memberitahu pihak polis tentang rancangan tersebut.
Mendengar dakwaan itu, kini polis mempunyai bukti yang cukup untuk menangkap Marjorie Diehl-Aarmstrong, namun peranan Bill Rothstein dalam kes ini masih tidak jelas.
Plot rompakan semakin rumit
Adakah Marjorie adalah dalang sebenar dan adakah Bill benar-benar tidak bersalah seperti yang didakwanya?
Persoalan-persoalan ini menjadi semakin sukar untuk dirungkai apabila Bill mati akibat limfoma pada tahun 2004, sebelum dibawa ke muka pengadilan.
Walau bagaimanapun, ia mula kelihatan seperti Marjorie Diehl-Armstrong adalah perancang sebenar semua ini. Dia telah mengaku bersalah atas pembunuhan Roden dan dijatuhkan hukuman penjara 7 hingga 20 tahun pada tahun 2005.
Namun, perangannya dalam rompakan tersebut masih tidak dapat diketahui, sehinggalah seorang lagi yang terlibat muncul.
Pada tahun 2005, seorang lelaki Kenneth Barnes diserahkan kepada pihak polis oleh ahli keluarga memberitahu ahli keluarganya dengan bebas mengenai penglibatannya dalam kes Brian Wells.
Ketika dalam tahanan, Kenneth bekerjasama dengan polis dan, seperti Rothstein, mendakwa Marjorie Diehl-Armstrong adalah dalang di sebalik seluruh operasi.
Brian Wells bukan penghantar piza
Malah, pihak berkuasa menyedari bahawa Brian Wells bukanlah seorang penghantar pizza yang tidak bersalah seperti yang disangkakan.
Kenneth memberitahu bahawa Brian Wells merupakan salah seorang daripada mereka dan melaksanakan plot rompakan tersebut dari awal lagi.
Seperti yang difahami oleh Brian, bom yang dipasangkan pada lehernya sepatutnya adalah palsu sebagai umpan untuk mengancam kakitangan bank.
Namun apabila dia sampai di menara TV tersebut, dia mengetahui bahawa penjenyah lain yang diketuai oleh Marjorie telah mengubah fikiran dan memasangkan bom sebenar.
Keluarga Brian Wells sangat terkejut dengan berita ini dan sehingga ke hari ini mereka kekal dengan mendakwa bahawa Brian adalah mangsa yang tidak disengajakan dalam rantaian peristiwa yang aneh itu.
Keluarganya berkata bahawa pihak berkuasa telah gagal dalam penyiasatan itu sejak awal lagi. Mereka juga percaya penjenayah-penjenayah lain berbohong mengenai penglibatan Brian untuk menutup cerita sebenar.
Walau bagaimanapun, Kenneth tetap teguh dengan kisahnya tentang penglibatan Brian.
Dan walaupun dia bekerjasama dengan pihak berkuasa, dia tetap dijatuhkan hukuman 45 tahun penjara selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan merompak bank pada tahun 2008.
Dua tahun kemudian, Marjorie Diehl-Armstrong, wanita didakwa sebagai dalang kes ini, dibawa ke mahkamah berkenaan kes rompakan tersebut.
Dia kelihatan tidak terkawal di mahkamah (mendakwa dirinya mengalami penyakit mental) dan mengamuk tanpa henti.
Para juri dengan mudah mensabitkannya dengan kes rompakan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Namun, hidupnya di penjara tidak kekal lama apabila dia mati akibat kanser pada tahun 2017.
Persoalan yang masih tak dapat dirungkai, adakah Marjorie dalang sebenar? Bekas agen FBI Jim Fisher mempercayai bahawa Bill Rothstein adalah individu yang mempunyai keupayaan membuat bom dan merancang keseluruhan plot.
Apa yang pasti adalah kita tak akan tahu siapa yang paling bertanggungjawab dalam kes Evil Genius ini.