Kredit foto: izyan.com
Erra Fazira dalam kenyataan terkininya mendedahkan beliau sering diasak dengan soalan Engku Aleesya yang berhasrat ingin memiliki adik.
Enggan melatah, Erra memahami situasi anaknya yang mungkin kesunyian di rumah.
Saya hanya memberitahu Aleesya dia perlu menunggu kerana jika bukan saya, mungkin ayahnya yang akan menjadikan keinginannya itu sebagai realiti. Saya langsung tidak tertekan kerana memahami mungkin Aleesya kesunyian tanpa teman untuk bermain.
Sumber: BH Plus
Malah, Erra juga kerap diajukan soalan oleh Aleesya tentang pengganti hidup. Bagaimanapun, Erra bersyukur kerana anaknya itu sentiasa akur akan keadaan dirinya dan bekas suami yang tidak lagi bersama.
Terasa pantas masa berlalu, Aleesya kini sudah berusia lapan tahun. Banyak perbezaan yang saya lihat dalam dirinya dan paling penting, Aleesya membesar seiring usia. Alhamdulillah, Aleeysa tidak merasai kekurangan, malah mengerti situasi ibu dan bapanya yang tidak lagi hidup bersama.
Sumber: BH Plus
Perkahwinan Erra dan bekas suami, Engku Emran telah berkubur sejak tahun 2014. Selepas bercerai, nama Erra sering dikaitkan dengan Juara Akademi Fantasia Musim Kelapan, Shahir. Bagaimanapun beliau kerap mengelak daripada mengulas lanjut tentang gosip tersebut.