Pada hari ini, scammer yang anda dengar mungkin memerlukan perisian yang betul, VPN untuk memalsukan lokasi sebenar mereka dan beberapa lagi taktik penipuan licik untuk memperolehi keuntungan melalui internet.

Namun, ia tidaklah seperti Emmanuel Nwude yang melakukan penipuan ke-3 terbesar di dalam sejarah. Ketika Nwude melakukan jenayahnya pada tahun 1995, internet tidaklah begitu maju seperti hari ini. Kes Nwude juga merupakan kes penipuan terbesar di Nigeria.

BESARKAN TEKS     A-  A+

banco noroeste

Emmanuel Nwude ialah seorang pengarah Union Bank di Nigeria. Dia telah menipu Nelson Sakaguchi dan bank Brazil iaitu Banco Noroeste Brazil dengan jumlah hampir RM990 juta.

Menurut akhbar Newswatch bertarikh 7 Julai 2003, Emmanuel Nwude ialah salah seorang ahli perniagaan paling kaya semasa dia ditahan pihak berkuasa. Dia yang popular dengan panggilan Owelle of Abunuga, mempunyai bangunan 10 tingkat di tengah ibu kota Lagos.

Demi menonjolkan kekayaan serta kemewahannya, dia tinggal di tingkat paling atas bangunan itu dengan tingkat paling bawah disewakan kepada sebuah bank komersial. Tingkat lain di bangunan itu pula dijadikan sebagai pejabat persendiriannya iaitu Euro-Holdings.

Nwude mempunyai aset hartanah di seluruh Nigeria dan beberapa bandar di Amerika. Dia juga dilaporkan menjadi penyumbang kewangan yang besar bagi Parti Demokrasi Rakyat Nigeria dan juga rakan baik kepada bekas Timbalan Presiden iaitu Atiku Abubakar.

nigerian scammer sold airport

Emmanuel Nwude

Tiada siapa yang meragui kekayaannya itu kerana dia adalah pemegang saham persendirian terbesar di Union Bank. Sehingga tahun 2001, dia juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah bank tersebut.

Dengan kapasiti inilah Nwude berjaya melakukan antara salah satu penipuan terbesar pernah disaksikan dunia. Menurut Nuhu Ribadu, seorang pengurusi EFCC (Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan) Nigeria ketika itu, penipuan ini mengambil masa lebih kurang 4 tahun bermula dari 1995.

Taktik utama Nwude ialah penyamaran. Dia telah menyamar sebagai gabenor Central Bank of Nigeria yang ketika itu ialah Paul Ugwoma. Rakan subahatnya iaitu Ikechukwu Anajemba pula menyamar sebagai Rasheed Gomwalk iaitu Pengarah Kiriman Wang Antarabangsa CBN. Isteri Anajemba pula menyamar sebagai isteri Gomwalk.

Ketiga-tiga rakan subahat itu telah mencadangkan supaya Pengarah Kewangan Antarabangsa bank Banco Noroeste Brazil iaitu Nelson Sakaguchi untuk mendapat keuntungan dari perusahaan sampingan. Apabila Anajemba meninggal dunia pada tahun 1998, isterinya meneruskan penipuan bersama Nwude.

emmanuel nwude muda

Dengan menggunakan kedudukan Nwude untuk mencapai maklumat perbankan dan dokumentasi sulit, mereka telah meyakinkan Sakaguchi bahawa kerajaan Nigeria sedang mencari pelabur untuk membina sebuah lapangan terbang di ibu negeri Nigeria yang baru iaitu Abuja.

Jika Sakaguchi boleh menyediakan pembayaran pertama bernilai RM990 juta, dia layak untuk mendapat komisyen sebanyak 10 peratus. Tawaran yang dibuat ini tidak melalui tawaran korporat, jadi Sakaguchi yang juga tamak mula menggunakan kewangan bank secara haram dan membuat pembayaran berperingkat ke beberapa akaun.

Mereka bersetuju wang RM990 juta itu akan dibayar secara tunai dan selebihnya di dalam bentuk aset. Dari tahun 1995 sehingga 1998, Sakaguchi telah memindahkan wang sebanyak RM782 juta kepada Nwude dan sekutunya. Satu jumlah yang sangat besar pada waktu itu.

Nwude dan sekutunya telah membelanjakan wang itu dengan borosnya. Isteri Anajemba telah membina bangunan mewah di kampungnya di Enugu dan mula berkawan dengan ahli politik terkenal di Nigeria.

bank santander

Penipuan ini terbongkar pada tahun 1997 apabila Banco Noroeste Brazil dalam proses untuk dijual kepada bank Sepanyol iaitu Santander Bank. Pada perbincangan bersama kedua-dua bank itu, wakil Santander Bank mempersoalkan sejumlah besar wang yang merangkumi 2/5 nilai Banco Noroeste dan setengah dari modal mereka berada di Pulau Cayman tanpa dipantau.

Kesannya membinasakan apabila pihak pemilik Banco Noroeste perlu membayar RM990 juta dari poket mereka sendiri supaya proses jual beli itu berjaya. Malangnya, Banco Noroeste jatuh muflis pada tahun 2001 sebelum berjaya membayar kesemua hutang itu.

Sementara itu, Nwude dan sekutunya bebas menikmati hasil penipuan mereka sehinggalah pada 2003 apabila satu perbicaraan telah diadakan berkenaan kes ini. Nwude ditangkap pada Jun 2003 di Ikoyi, Lagos.

emmanuel nwude sekarang

Pada Febuari 2004, kesemua mereka yang terlibat dituduh di Mahkamah Tinggi Persekutuan dengan 86 pertuduhan menipu dan 15 pertuduhan rasuah. Namun, mereka mengaku tidak bersalah.

Sebaliknya, apa yang terjadi ialah perbicaraan ini penuh liku dan menemui jalan buntu. Hakimnya Lawal Gumi telah menarik diri dari kes ini pada bulan Julai tahun yang sama. Nwude cuba merasuah pihak pendakwa raya iaitu ketua EFCC, Nuhu Ribadu. Pada saksi kes itu juga membuat laporan bahawa mereka hampir diculik.

Perbicaraan pada September 2005 pula digemparkan dengan amaran bom dan mahkamah terpaksa dikosongkan serta kes ditangguhkan lagi. Akhirnya, Amaka Anajemba mengaku membantu mendiang suaminya menipu dan dipenjara selama 2 setengah tahun dan denda sebanyak RM104 juta.

amaka anajemba

Amaka Anajemba

Berminggu selepas itu, Sakaguchi yang menjadi mangsa menawarkan untuk memberi keterangan kepada penipuan Nwude di Mahkamah Tinggi Lagos. Emmanauel Nwude didapati bersalah dan dihukum penjara selama 25 tahun manakala Nzeribe Okoli yang juga rakan subahatnya dihukum selama 12 tahun.

Kesemua harta Nwude telah dibekukan dan dirampas. Namun, kejayaan ini hanyalah sementara apabila Nwude dibebaskan pada 2006. setelah sedekat menikmati kebebasan, Nwude sekali lagi ditahan atas tuduhan bunuh pula.

Pada 19 Ogos 2016, seramai lebih daripada 200 orang telah menyerang bandar Ukpo di kawasan Dunukofia, Anambra. Pihak polis Anambra telah mengenalpasti Nwude sebagai salah seorang penaja kepada serangan itu dan dia disabitkan dengan 27 tuduhan bunuh, cubaan membunuh dan keganasan.

Rujukan:

1. Pulse

2. Vanguard

3. Ladbible




Hakcipta iluminasi.com (2017)