Seseorang yang bergelar doktor mempunyai pilihan sekiranya mereka mahu membuat pengkhususan dalam sesuatu bidang. Mereka kemudiannya akan dirujuk sebagai seorang Doktor Pakar. KIta biasanya akan dengar gelaran-gelaran sebagai doktor pakar mata, pakar bedah, pakar bius dan sebagainya. Pernahkah anda dengar doktor pakar kesihatan awam (public health)?

Kebanyakan orang awam pasti tidak pernah tahu akan bidang pengkhususan ini. Mari dengar penjelasan Dr Fadly Khairie mengenai seorang doktor pakar kesihatan awam. Beliau baru sahaja menghabiskan pengajian dalam pengajian Master of Public Health dan akan menyambung pengajian dalam bidang Doctor of Public Health kelak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cerita seorang pelajar sarjana Master of Public Health

Ramai orang bertanya pada saya "Ambil kepakaran apa?"

Saya akan jawab "kesihatan awam" Jawapan ini biasanya akan disusuli dengan yang bertanya menjadi senyap seketika dan kemudian biasanya akan disusuli dengan soalan ini pula

"Nanti jadi apa?"

Biasanya jika saya ada banyak masa, saya akan terangkan sepenuhnya. Kalau saya ingin cepat saya katakan sahaja

"Nanti kami jadi pegawai kesihatan daerah atau pengarah hospital"

Saya sedar jawapan saya itu hanya menerangkan sekelumit sahaja daripada erti kesihatan awam yang sebenarnya. Tidak dinafikan juga bidang kepakaran ini masih muda diiktiraf sebagai kepakaran klinikal berbanding dengan kepakaran yang lain.

Jika ingin diterangkan secara mudah, pakar kesihatan awam analoginya seperti seorang doktor. Doktor akan bertemu dengan pesakit. Pakar-pakar lain pesakitnya didepan mata namun untuk kesihatan awam pesakitnya adalah populasi masyarakat, satu populasi satu pesakit, satu sistem satu pesakit. Orang awam mungkin tidak bertemu dengan doktor-doktor kesihatan awam, kami jugalah tidaklah menerima kad-kad penghargaan seperti yang doktor-doktor yang lain. Namun polisi dan keputusan yang kami buat menyentuh kehidupan dan menyelamatkan nyawa ramai orang 'satu ribu orang dalam satu masa'

Di Malaysia, untuk menjadi pakar kesihatan awam sehingga kini ada dengan mengambil kursus Master of Public Health + Doctor of Public Health selama 4 tahun (1 tahun master dan 3 tahun doctorate) di 4 buah universiti. Sebelum masuk ke dalam kursus ini pegawai perubatan yang berminat dalam kesihatan awam perlu melalui satu program 'public health grooming' di selia oleh seorang mentor yang merupakan pakar kesihatan awam di mana mereka perlu mengisi logbook yang mengandungi kemahiran-kemahiran penting dalam kesihatan awam sebelum boleh menduduki ujian kemasukan dan temuduga.

Sekiranya lepas ujian, temuduga dan diterima masuk. Maka pegawai perubatan tersebut akan mengikuti program sepenuh masa di universiti tersebut. Ada sedikit kelainan dari cara pembelajaran namun intipati silibus utama adalah sama memandangkan keempat-empat universiti ini akan selalu melakukan 'conjoint board meeting' untuk menyelaras silibus.

Di UPM untuk program 1 tahun atau 2 semester master of public health kami perlu mengambil beberapa subjek dan menyiapkan satu dissertasi yang perlu dihantar ke jurnal. Memandangkan kami merupakan pelajar kursus secara coursework bukannya master by research maka jam kredit kami sangat banyak. Untuk semester pertama, kami perlu mengambil 27 jam kredit meliputi subjek seperti:

  • epidemiologi/kawalan penyakit
  • health research
  • medical statistic
  • health service management
  • occupational health
  • environmental medicine
  • family and population health
  • health promotion and education
  • practical training in public health

Untuk semester kedua pula, memandangkan saya dalam area of interest health service management maka kami perlu mengambil 18 jam kredit

  • health policy
  • hospital management
  • health economy and financing
  • dissertation

Banyak bukan? Bak kata pensyarah, kami ini ibarat bakal pegawai tadbir & diplomatik dan duta-duta untuk kesihatan; jadinya banyak benda kena tahu.

Kami perlu memastikan untuk setiap subjek markah yang kami perolehi tidak kurang daripada B (65 dan ke atas) CGPA kami untuk kedua-dua semester juga tidak boleh kurang daripada 3.2 untuk melayakkan kami menyambung di bahagian doctorate. Kami juga perlu menyiapkan satu disertasi yang merupakan kajian di lapangan yang perlu melalui pembentangan viva voce. Pada masa yang sama struktur pemarkahan di UPM selain peperiksaan akhir semester, markah turut mengambil kira markah assignment yang mana kebiasaannya terdiri daripada laporan tentang sesuatu subjek ataupun manuskrip yang perlu diterbitkan di jurnal.

Syukur ada pensyarah-pensyarah yang menyelia kerja disertasi kami. Hampir setiap minggu kami perlu berjumpa dengan pensyarah yang menjadi penyelia kepada disertasi kami malah pemilihan subjek elektif juga hasil perbincangan antara kami dengan pensyarah.

Alhamdulillah saya dapat habiskan program master of public health dalam masa yang ditetapkan. Ribuan terima kasih kepada ahli keluarga yang sabar dan terus memberi sokongan kepada saya. Juga kepada semua pihak yang terus menerus menyokong selama ini. InsyAllah bulan 9 ini bermulalah perjalanan saya sebagai pelajar doctorate dalam Dr PH. Bidang kesihatan awam ini luas dan sedang berkembang luas. Saya berbangga menjadi salah seorang ahli di dalamnya. Bak kata our beloved DG "The best brain should enter public health"

Dr Fadly Khairie

Doktor Kesihatan Awam

doktor bergerak

Nota Editor: Kami daripada Iluminasi.com mengucapkan tahniah kepada Dr. setelah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Master. Semoga Dr. Fadley berjaya menamatkan pengajian peringkat Doctor of Public Health dengan cemerlang!




Hakcipta iluminasi.com (2017)