Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun merupakan antara peristiwa terbesar yang berlaku ketika zaman Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini jugalah penyebab utama yang memaksa pihak Jepun mengaku kalah kepada pihak tentera Bersekutu.
Daripada 2 kejadian pengeboman ini, kita dapat tahu bahawa Amerika Syarikat telah menghasilkan 2 buah bom nuklear untuk kegunaan mereka. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Amerika Syarikat mempunyai perancangan mencipta bom nuklear ketiga pada ketika itu yang sebenarnya telah meragut nyawa saintis mereka sendiri.
BESARKAN TEKS A- A+
Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, Harry S. Truman sedar bahawa 1 bom nuklear tidak cukup untuk memaksa Jepun mengaku kalah, maka beliau telah mengarahkan sekurang-kurangnya 2 bom nuklear dihasilkan. Namun, sebenarnya 3 buah bom nuklear telah dihasilkan dimana bom yang ketiga ini sebagai simpanan sahaja dan hanya digunakan andaikata dua bom pertama gagal.
Pembatalan projek bom nuklear ketiga
Replika demon core
Ketika tragedi yang meragut nyawa sekumpulan saintis Amerika Syarikat ini berlaku, bom nuklear ketiga ini belum disiapkan sepenuh. Namun, teras utamanya yang diperbuat daripada plutonium telahpun siap dan disimpan rapi di Los Alamos National Laboratory.
Apabila berita mengenai bom nuklear ketiga mungkin tidak diperlukan, para saintis di makmal ini kelihatan gembira sekali. Walaupun bom ini tidak perlu disiapkan, mereka sudahpun memiliki simpanan bahagian teras utama bom ini iaitu salah satu nadir bumi paling sukar ditemui iaitu plutonium tulen seberat 6.2 kg.
Memandangkan teras utama bom ini berada dalam simpanan mereka dan tidak digunakan, para saintis disini telah menggunakannya untuk melakukan bebapa uji kaji. Dua orang daripadanya telah melakukan sedikit kesilapan bodoh yang hampir menyebabkan makmal tersebut hampir meletup.
Walau bagaimanapun, akibat daripada tragedi tersebut, keduanya telah terdedah kepada kadar radioaktif yang tinggi. Kedua mereka mati beberapa hari selepas kejadian tersebut. Bahagian teras yang diperbuat daripada plutonium ini juga dikenali sebagai "Demon Care".
Perbezaan bom nuklear dan bom biasa
Bom nuklear dan bom biasa sangat berbeza bukan sahaja daripada segi bahan pembuatannya tetapi juga mekanisma letupannya. Tidak ada fius atau detonator pada bom nuklear. Apa yang ada sebaliknya adalah jisim bahan radioaktif yang berada pada keadaan hampir kritikal.
Saat letupan berlaku, jisim radioaktif ini menjadi superkritikal dengan membawa lebih banyak bahan radioaktif rapat bersamanya sehingga neutron yang bergerak akan mengaktifkan lebih banyak neutron bebas dari atom-atom lain. Keadaan ini akan menghasilkan rantaian tindak balas yang berterusan.
Pada ketika itu, tiada alat atau teknik khas untuk mengetahui berapa banyakkah plutonium atau uronium yang diperlukan untuk mendapat jisim yang kritikal. Maka, para saintis ini terpaksa "mencipta" teknik mereka sendiri.
Kesilapan kecil yang meragut nyawa
Susun atur eksperimen yang dijalankan oleh Harry Daghlian
Kematian pertama terjadi pada Harry K. Daghlian, seorang saintis yang berumur 24 tahun. Kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang bekerja seorang diri pada lewat malam 21 Ogos 1945 untuk membuat reflektor neutron.
Ketika kejadian itu, beliau sedang meletakkan bongkah tungsten-karbida di sekeliling plutonium tersebut untuk melihat betapa banyak bongkah tungsten-karbida yang diperlukan untuk memantulkan neutron yang cukup ke dalam teras untuk menjadikannya dalam keadaan kritikal.
Ketika inilah alat pengukur kadar neutron yang dipegang terlepas dan terkena ada teras plutonium tersebut. Akibatnya, teras tersebut menjadi superkritikal lalu mengeluarkan cahaya biru dan gelombang haba. Beliau mati 25 hari kemudian kerana keracunan radiasi.
9 bulan kemudian, teras plutonium ini telah membunuh seorang lagi saintis senior bernama Louis Slotin yang turut melakukan kajian ke atasnya. Beliau turut ingin membuat kajian yang sama tetapi menggantikan bongkah tungsten-karbida dengan kerangka yang diperbuat daripada berilium.
Sama seperti sebelumnya, satu kesilapan kecil dilakukannya telah menyebabkan kerangka berilium ini tersentuh dengan teras plutonium ini dan menjadikannya dalam keadaan superkritikal dan menghasilkan cahaya biru. Louis Slotin yang berada paling hampir dengan bahan radioaktif tersebut telah terdedah kepada radiasi pada kadar 1000 rad.
Pendedahan terhadap kadar radiasi terlampau tinggi
Susun atur eksperimen yang dijalankan oleh Louis Slotin
Kadar radiasi ini merupakan kadar radiasi paling tinggi pernah diterima manusia pernah dicatatkan. Sebagai perbandingan, kadar radiasi bom nuklear di Hiroshima hanya 400 rad bagi jarak 1 kilometer daripada tempat bom tersebut meletup. Beliau mati dalam keadaan terseksa selepas 9 hari.
Selain 2 orang saintis yang terkorban ini, beberapa staf dan saintis lain yang berada berdekatan juga turut mendapat pelbagai penyakit kesan daripada radioaktif ini antaranya leukimia, keracunan radiasi, masalah kronik neurologi dan banyak lagi. Teras plutonium yang asalnya bernama Rufus ini kemudian telah dinamakan semula sebagai "Demon Core" kerana telah meragut nyawa manusia.
Kredit: