Oleh pada 27 Mar 2018 kategori

Kisah ini berlaku pada tahun 1961, empat anak muda yang memiliki impian dan semangat yang tinggi dianggotai oleh Paul McCartney, John Lennon, George Harrison dan Pete Best sedang melakukan persembahan di Cavern Club Liverpool. Pada ketika ini, kebetulan pula pengurus pencarian bakat bagi syarikat Decca Records bernama Mike Smith berhenti singgah di kelab malam ini. Beliau amat berminat melihat persembahan The Beatles dan sangat kagum melihat reaksi orang ramai terhadap muzik The Beatles.

BESARKAN TEKS     A-  A+

the beatles ketika di craven club liverpool 5l799

Mike Smith telah berhubung dan berjumpa dengan pengurus The Beatles ketika itu iaitu Brian Epstein. Mike menjemput kumpulan anak muda yang hebat ini ke London untuk satu sesi ujibakat. Mike juga mengatakan bahawa sesi ujibakat itu akan dilakukan di hadapan bos besar Decca Record secara terus kerana Mike juga adalah orang berjawatan dalam syarikat itu.

Sesi ujibakat itu akan berlangsung pada hari perayaan tahun baru 1962. Maka pergilah sekumpulan anak muda bergelar "The Beatles" itu ke London sehari sebelum perayaan tahun baru. Bila sampai di London, mereka langsung tidak beristirehat. Malah mereka meraikan malam tahun baru itu dengan sepenuh hati sehingga mabuk dan 'hangover'.

Ujibakat Yang Hambar

Sesi rakaman tersebut berlangsung selama lebih kurang satu jam. Mereka telah menyanyikan lima belas buah lagu, campuran lagu rock lama dan beberapa genre lagu yang lain. Hanya tiga lagu sahaja merupakan ciptaan sendiri Lennon dan McCartney iaitu lagu "Love of the Loved," "Hello Little Girl," dan "Like Dreamers Do."

the beatles ketika awal penubuhan

Disebabkan pada malam sebelumnya mereka telah mabuk teruk, Paul McCartney berasa amat gementar setiap kali "lampu merah" yang kerap menyala di dalam bilik rakaman tersebut. John Lennon yang sepatutnya menjadi penyanyi utama The Beatles, hanya menyanyikan satu atau dua lagu akibat gugup dan gementar yang melampau. Paul terpaksa mengambil alih tugas Lennon. Pemain drum mereka, Pete Best juga sangat hambar dan tidak bermaya.

Ianya adalah satu sesi ujibakat yang agak teruk namun masih berjaya disempurnakan. Setiap ahli kelihatan puas hati kerana Mike Smith memberitahu mereka bahawa beliau melihat semuanya seperti "berjalan lancar" dan beliau akan memberitahu keputusan ujibakat tersebut dalam beberapa minggu. Berlalu pergilah sekumpulan anak muda itu pulang ke Liverpool dengan tanggapan semuanya OK sahaja.

Boy-Band Tiada Masa Depan Yang Cerah

Sekembalinya mereka ke Liverpool, The Beatles melakukan aktiviti yang biasa mereka lakukan, membuat persembahan di kelab, sambil berangan-angan menjadi bintang di bawah naungan Decca Records dalam masa terdekat. Setelah menanti terlalu lama dan hampir sebulan, Brian Epstein membuat keputusan untuk menelefon Dick Rowe, bos besar Decca Record. Namun maklumbalas yang diterima amat mengecewakan.

brian epstein dan kumpulan the beatles

Rowe mengatakan, "The Beatles tiada masa depan yang cerah dalam industri hiburan" dan juga menasihati Epstein, "awak memiliki perniagaan sendiri, mengapa tidak teruskan sahaja dengan perniagaan itu?"Dalam keadaan yang sedih, Epstein berkata kepada Rowe, "suatu hari nanti pemuda-pemuda tersebut pasti akan menjadi lebih hebat dari Elvis Presley." Terus kedengaran seperti Rowe cuba menahan ketawa sinisnya. Sejak itulah, nama Dick Rowe terpahat dalam sejarah industri muzik sebagai "lelaki yang mengecewakan the Beatles."

Diterima Syarikat Rakaman Parlophone

Beberapa bulan selepas dikeji Dick Rowe, the Beatles telah berjaya menemui syarikat rakaman yang sudi menerima mereka. The Beatles telah menandatangani perjanjian dengan syarikat rakaman Parlophone, iaitu anak syarikat kepada EMI. Mereka kemudian telah menjadi kumpulan yang paling terkenal di dunia dan berjaya pada ketika itu dengan mencipta rekod jualan album melebihi ratusan ribu ke seluruh dunia.

rakaman lagu like dreamers do

Dick Rowe Tidak Mengaku Ketawakan The Beatles

Tetapi Dick Rowe sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir telah menafikan cerita itu (1921-1986). Menurut beliau, Mike Smith adalah individu sebenar yang tidak mahu menerima The Beatles.  Katanya lagi, pada hari yang sama sesi ujibakat tersebut, ada dua lagi kumpulan yang turut menjalani uji bakat di Decca Records, iaitu Brian Poole dan juga The Tremeloes.

Rowe telah memberitahu Mike untuk memilih salah satu di antara mereka semua. Semuanya terpulang kepada beliau, samada memilih The Beatles, Brian Poole atau The Tremeloes. Mike berkata, "Mereka sama hebat, satu adalah kumpulan tempatan dan satu lagi datang dari Liverpool." Maka Decca Record telah memutuskan untuk memilih kumpulan tempatan berbanding The Beatles kerana mereka datang dari Liverpool. Lebih senang untuk bekerjasama dengan kumpulan tempatan.

dick rowe lelaki yang tidak menerima the beatles

Dikatakan Brian Epstein pernah membuat tawaran kepada Decca Records dan sanggup untuk membeli 3000 salinan album The Beatles serta merta sekiranya The Beatles diterima Decca Record. Rowe menafikan tentang tawaran tersebut dan beliau mengatakan sekiranya betul, sudah pasti beliau akan menerima The Beatles. Dick Rower juga pernah mengatakan "Pastilah saya bodoh kalau menolak pelawaan sebegitu bagus" dan mengungkap ungkapan ini :

If 'ifs' and 'buts' were candy and nuts, wouldn't we all have a merry Christmas.

Di mana ianya bermaksud alasan dan asbab untuk tidak melakukan sesuatu adalah adalah sesuatu yang tidak membanggakan dan murahan. Mahu beri alasan, mudah sahaja dan berjuta alasan boleh diberi. 

Perkembangan Decca Records

Decca Records dikutuk hebat kerana menolak tawaran kerjasama dengan The Beatles suatu masa dahulu. Namun Decca Records juga pernah mempopularkan ramai artis lain lagi seperti Rolling Stones dan Paul McCartney sendiri untuk album solonya ketika perpecahan sementara dengan kumpulan The Beatles. Decca Records tetap dianggap 'legend' untuk peminat-peminat album klasik.

rujukan: neatorama




Hakcipta iluminasi.com (2017)