Kredit foto: astrogempak.com.my
Penerbit drama '7 Hari Mencintaimu', Datuk Ziela Jalil telah disaman RM10 juta oleh Siti Rosmizah Semail selaku penulis novel bagi drama adaptasi tersebut.
Bagaimanapun, Datuk Ziela enggan mengulas berkenaan kes tersebut setelah dinasihati peguamnya berikutan ianya telahpun menjadi kes mahkamah.
Saya mendapat nasihat daripada peguam untuk tidak memberikan sebarang komen dan maklum balas. Jadi tunggu saja perkembangan kes ini.
Lagi pun saya masih belum menerima surat saman daripada pihak Siti Rosmizah. Selepas itu baru kita boleh lihat proses seterusnya.
Sumber: Harian Metro
Baru-baru ini, Siti Rosmizah memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Ziela di Mahkamah TInggi Kuala Lumpur dengan mendakwa dirinya dimalukan penerbit tersebut melalui kenyataan fitnah yang dibuat di akaun Instagramnya.
Sumber: artisbuzz.com