Kredit foto: The Star 

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil berkongsi berita gembira dengan para pengikut Instagramnya.

Dalam perkongsian yang dimuat naik pada Ahad baru-baru ini memaparkan bagaimana Ziela begitu teruja dengan kejayaan anak sulungnya, Puteri Julia Nabilah, 24, yang kini telahpun bergelar doktor.

Selain beberapa keping foto dan dua buah video, Ziela turut berkongsi ucapan Julia yang menyentuh perasaan netizen.

Dalam ucapan tersebut, Julia melahirkan penghargaan terbesar buat ibunya yang sentiasa memberikan semangat dan tidak henti mengutus doa buatnya.

Malah, Julia juga tidak lupa untuk mendedikasikan kejayaan tersebut kepada Allahyarham bapanya, bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Megat Junid Megat Ayob.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berasa kagum dengan kejayaan Julia yang juga dianggap mereka sebagai kejayaan Ziela dalam membesarkannya.

Untuk info, Julia memulakan pengajiannya pada tahun 2012 di Royal College of Surgeons yang terletak di Ireland sebelum pengajian beliau berakhir pada tahun ini.

Berikut ucapan penuh Julia.

anak jelita ziela jalil kini bergelar doktor 2

Kredit foto: Instagram Ziela Jalil

Saya terbang ke Dublin pada September tahun 2012 untuk memulakan tahun pertama pengajian saya di Royal College of Surgeons di Ireland (RCSI). Lima tahun suka dan duka yang benar-benar saya rasakan dan hari ini akhirnya saya selesai pengajian dengan gelaran Doktor. Ada naik dan turun dalam perjalanan saya sebelum saya tiba di sini, namun semuanya berbaloi. Saya tahu masih ada perjalanan yang panjang di hadapan, lebih banyak dugaan untuk ditempuhi, tapi Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana merahmati setiap liku perjalanan saya setakat ini, di mana saya tak akan berada di sini tanpa kuasa dan rahmatNya, saya berdoa dia akan sentiasa bersama-sama dengan saya dalam setiap langkah perjalanan hidup ini. Ketika saya merasakan saya memerlukan keajaiban untuk menempuhi detik-detik sukar, Dia sentiasa memberikan saya cahaya petunjuk. Mama dan Allahyarham Abah, kejayaan ini untuk anda berdua dan saya berharap saya telah membanggakan anda. Terima kasih mama, berkat doa mama yang tak pernah putus. Teima kasih Allah kerana merahmati saya bersama wanita hebat ini, yang mana saya diberikan hak untuk memanggilnya dengan gelaran "ibu". Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang tak henti-henti menyokong. Juga kepada sesiapa yang sentiasa bersama-sama dengan saya di sepanjang perjalanan ini, sokongan-sokongan yang saya terima semasa di Dublin dan sepanjang kebanyakan masa saya di Pulau Pinang, anda tahu siapa anda yang saya tak perlu sebutkan di sini dan saya berhutang banyak kepada anda semua yang memungkinkan kejayaan yang saya terima ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan menyokong saya, untuk guru-guru saya di Alice Smith School, pensyarah-pensyarah di RCSI and PMC dan untuk sesiapa sahaja yang meletakkan kepercayaan kepada saya.

anak jelita ziela jalil kini bergelar doktor 3

anak jelita ziela jalil kini bergelar doktor 4

anak jelita ziela jalil kini bergelar doktor 5




Hakcipta iluminasi.com (2017)