Kredit foto: Instagram Neelofa
Aktres dan hos Neelofa tidak pernah terfikir usaha kerasnya selama ini adalah untuk mengejar gelaran Datuk.
Tegas Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, dia lebih mementingkan soal kualiti dan pencapaian dalam kerjaya sekaligus mengabaikan matlamat memburu sebarang pangkat.
"Datuk Neelofa? Tidak pernah terfikir pun. Lebih baik saya fokus kepada kerjaya saya dan melaburkan kepada sesuatu yang boleh memberikan nilai kepada diri saya dan orang sekeliling," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.
Neelofa ditemui di Majlis Perlantikan Duta Lancome Malaysia yang berlangsung di Eco Sanctuary, Banting, Selangor baru-baru ini.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Dalam pada itu, aktres jelita berusia 28 tahun itu berkata, dia masih mencari ruang potensi baru dalam dirinya untuk diserlahkan.
"Saya pun ingin tahu apa lagi saya boleh buat selepas ini. Buat masa sekarang saya tiada jawapan untuk soalan itu," ujarnya.
Neelofa mula mencipta nama dalam dunia perniagaan menerusi jenama tudung Naelofar Hijab kira-kira tiga tahun lalu.
Pencapaian itu disemarakkan lagi apabila dia menjadi selebriti Malaysia pertama yang disenaraikan sebagai individu berjaya di rantau Asia Tenggara, 30 Under 30 Asia 2017 oleh majalah antarabangsa Forbes.
Menerusi kerjaya seni, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mencipta populariti dalam dunia lakonan dan pengacaraan.
Malah dia mampu berbangga apabila terpilih sebagai wanita berhijab pertama untuk duta jenama kosmetik antarabangsa, Lancome.
Sumber berita: Astro Gempak