Oleh pada 29 Jun 2019 kategori

Kajian tentang haiwan adalah sesuatu yang sentiasa membuatkan manusia teruja. Sehingga kini, para saintis mengganggarkan bahawa terdapat kira-kira 8.7 juta spesis di atas muka Bumi dan 1 hingga 2 juta daripadanya adalah haiwan.

Seperti manusia, haiwan juga terlibat dalam aktiviti mengawan. 

Sebahagian daripadanya mengikut piawaian kehamilan seperti manusia iaitu selama 9 bulan. Jika anda tidak bekerja dalam bidang ini, pastinya anda tidak begitu tahu tentang pembiakan haiwan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

mesin sinar x untuk haiwan

(Mesin sinar-X untuk haiwan)

Dalam kajian saintis, haiwan-haiwan juga melalui proses imbasan sinar-X bagi melihat kandungan di dalamnya.

iluminasi.com kongsikan 7 gambar haiwan hamil melalui sinar-X.

1. Tikus belanda

gambar x ray tikus belanda hamil

Selain daripada hamster, tikus belanda adalah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan para pencintanya.

Ia adalah kerana saiznya yang agak kecil dan comel serta berbulu lebat.

Biasanya, tempoh purata kehamilan haiwan ini adalah sekitar 65 hari.

Tikus belanda betina biasanya akan mencapai tahap kematangan seksual dalam tempoh 3 hingga 4 minggu selepas dilahirkan.

2. Ular boa

ular boa pembelit hamil sinar x

Ular Boa pembelit (Boa constrictor) adalah spesies boa primitif yang boleh ditemui di sebahagian besar daerah tropika Amerika Selatan, sebahagian Amerika Tengah serta di Kepulauan Carribean.

Spesis ular ini boleh dibiakkan dalam penangkapan dengan mengikuti beberapa langkah mudah yang penting.

Kematangan seksual bagi ular Boa lazimnya dicapai ketika berusia 18 bulan untuk jantan dan 30 bulan untuk betina. Ular betina boleh melahirkan anak sehingga 60 ekor pada satu-satu masa.

3. Monyet

gambar sinar x monyet hamil

Monyet secara amnya akan menjadi dewasa sekitar 4 hingga 5 tahun.

Monyet betina biasanya akan tertarik kepada monyet jantan yang paling besar dan paling kuat di mana golongan ini akan menjadi pemimpin kumpulan. 

Malah, golongan monyet jantan yang besar dan kuat ini adalah satu-satunya yang akan melakukan proses pembiakan dalam kumpulan itu. 

Bagi spesis betina, ia cenderung untuk matang kira-kira setahun lebih cepat berbanding spesis jantan. Seperti manusia, monyet juga biasanya hamil kepada satu bayi sahaja, namun terdapat kebarangkalian untuk hamil anak kembar.

Tempoh hamil monyet adalah sekitar 160 hari. 

4. Mengkarung

gambar mengkarung hamil sinar x

Jika dilihatkan pada gambar di atas, bolehkan anda mengesan di mana bayi haiwan ini? Di dalam hutan, mengkarung mampu hidup sehingga 8 ke 9 tahun jika tidak menjadi mangsa kepada haiwan lain.

Jika dipelihara dengan baik, ia biasanya boleh hidup sehingga 12 tahun dan hingga 14 tahun jika diberikan perhatian penuh.

Amat sukar untuk melihat mengkarung jantang mengawan dengan betina, tetapi tanda-tandanya selepas itu.

Spesis betina yang hamil akan makan lebih banyak dan selepas 2 hingga 3 minggu, bahagian perutnya akan mula membesar.

5. Kucing

gambar kucing hamil sinar x

Senarai ini pasti tak lengkap jika tidak diselitkan dengan haiwan paling digemari manusia ini.

Tempoh kehamilan kucing biasanya berlangsung selama 61 hingga 72 hari.

Sama seperti yang dialami oleh bakal ibu di pagi hari, kucing hamil juga akan mengalami muntah-muntah.

Anak kucing biasanya dilahirkan dengan mata biru dan mata sebenar akan ditentukan beberapa bulan selepas dilahirkan.

6. Anjing

gambar sinar x anjing hamil

Seperti kucing, anjing juga dianggap sebagai teman setia manusia. Haiwan ini sangat pintar dan mempunyai kesetiaan yang sangat menakjubkan.

Anjing juga mengalami gejala yang sama seperti manusia dan kucing ketika hamil.

Ia biasanya hamil kira-kira 63 hari dan mengandungi tiga trimester, masing-masing berjumlah 21 hari dan jumlah maksimum anak yang boleh dilahirkan adalah 8 ekor.

Jika suhu badan anjing mula menurun, ini menandakan bahawa ia akan melahirkan anak.

7. Penyu

sinar x gambar penyu hamil

Tidak seperti kebanyakan amfibia lain, penyu tidak dapat menyerap semula telur yang tidak disenyawakan ke dalam badan dan perlu membuangnya.

Apa yang sangat menarik mengenai haiwan ini adalah ketika hendak bertelur, ibu-ibu penyu akan kembali ke pantai yang sama di mana ia dilahirkan.

Telur ibu penyu yang hamil mungkin merupakan hasil dari beberapa bapa yang berbeza bagi memastikan kepelbagaian genetik.

Bagi kebanyakan penyu, tempoh kehamilan berkisar antara 45 hingga 75 hari dan bergantung kepada suhu di dalam telur.

Rujukan:

1. Livescience

2. Mental Floss

3. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)