Kredit foto: Instagram @jozlynnhanania
Pelakon Ozlynn terkejut selepas namanya dan suami, Johan dikaitkan sebagai selebriti yang dikatakan mendapat bayaran sejumlah RM160,000 untuk menjayakan sebuah teater di Panggung Sari, Istana Budaya tidak lama lagi.
Ozlynn berkata, dia dan Johan hanya diberi peranan membawakan watak kecil di samping Janna Nick dan Syafiq Kyle selaku teraju utama, justeru tidak mungkin mereka meletakkan harga tinggi.
"Kalau ada di antara artis yang berlakon dalam teater ini dan mendapat bayaran RM160,000, ia hanya spekulasi dan tiada bukti yang kukuh mengatakan artis itu menerima bayaran sebanyak itu.
"Kenapa tak tanya pada Janna atau Syafiq? Sebab mereka berdua leading (pelakon utama) teater itu. Kami supporting (watak sampingan) sahaja. Dialog tak banyak. Lagipun suami saya hanya penyampai radio sahaja.
"Netizen boleh cakap apa sahaja... Kalau mereka cakap begitu, saya anggap ia satu doa. Mana tahu kalau betul-betul mereka bayar kami RM160,000... ia rezeki anak," katanya kepada Mstar.
Terdahulu, ada pihak yang mempersoalkan bayaran RM160,000 yang kononnya diberikan kepada Johan dan Ozlynn untuk menjayakan teater di Istana Budaya.
Rata-rata pihak tidak bersetuju kerana menganggap bakat lakonan dimiliki mereka tidak setara dengan bayaran yang diminta.
Dalam pada itu, Ozlynn berkata, netizen tidak wajar membandingkan bayaran artis baharu dan pelakon veteran kerana zaman sudah berubah, selain penggunaan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan karya lakonan.
"Kenapa nak bandingkan pelakon dahulu dengan sekarang? Zaman berubah... malah setiap benda ada kemajuan. Ia ibarat besar periuk, besarlah keraknya. Kalau nak jual tiket dengan cara yang mudah adalah menggunakan artis yang popular untuk buat promosi, review. Pada saya, harga RM160,000 itu berbaloi lah untuk dibayar kepada artis itu.
"Zaman dahulu pelakon tiada media sosial untuk menghebahkan sesuatu perkara itu. Kita nak tahu fasal artis, kita kena beli majalah. Pokoknya, ia bergantung kepada situasi dan keperluan. Tapi kalau ada artis lain yang pertikaikan bayaran itu, kami tak boleh nak cakap apa pun... mereka tahu artis dibayar ikut populariti.
"Cuma saya pelik kenapa bila artis tempatan dibayar RM160,000 mereka beria-ia nak pertikai kan? Sedangkan artis Kpop, artis luar negara datang ke sini, sanggup bayar untuk nilai USD, kenapa netizen tak mahu pertikaikan?" katanya.
Manakala, Johan pula menyifatkan jumlah RM160,000 itu sememangnya tinggi dan hanya layak diterima oleh pelakon utama.
"Saya rasa RM160,000 itu termasuk bayaran untuk semua pelakon kot. Takkan untuk saya.
"Lagipun Syafiq Kyle antara pelakon yang ada dialog paling panjang dan Janna sebab dia ada banyak scene dalam teater itu nanti.
"Sebelum ini saya tak pernah mendedahkan berapa mereka bayar dekat saya. Tak kisahlah siapa pun artis yang dapat RM160,000, kami anggap ia rezeki artis itu," katanya.
Sumber berita: Mstar