Dalam Al-Quran, sudah dinyatakan bahawa manusia diciptakan secara berpasangan lelaki dan wanita agar saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam agama Islam, berkahwin merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W malah Nabi sendiri tidak mengaku seseorang individu itu sebagai umatnya sekiranya mereka sengaja tidak mahu berkahwin.
Namun sama ada anda sedar atau tidak, pada masa kini terdapat peningkatan golongan lelaki dan perempuan yang memilih untuk tidak berkahwin. Hal ini disebabkan mereka sedar akan tanggungjawab baru yang akan terletak di bahu mereka apabila mereka sudah berkahwin dan memiliki anak kelak.
BESARKAN TEKS A- A+
Menurut segelintir individu, gaya hidup bebas tanpa berkahwin merupakan sesuatu yang "ideal" kerana mereka hanya perlu memikirkan mengenai diri mereka sendiri tanpa perlu memikirkan mengenai pasangan mereka. Maka, tidak hairanlah golongan ini sering terpaling dengan stereotaip mengamalkan gaya hidup hedonistik.
Menariknya, dalam sejarah, terdapat juga pemerintah atau kerajaan yang telah memperkenalkan cukai khas bagi orang lelaki yang sengaja memilih untuk tidak berkahwinan. Perkara ini dapat dilihat seawal zaman Rom Purba lagi./
Pengenalan cukai oleh kerajaan Rom Purba
Idea memperkenalkan cukai bagi individu yang tidak berkahwin ini merupakan cara "kreatif" kerajaan Rom pada ketika itu untuk memperoleh pendapatan daripada individu lelaki dewasa yang belum berkahwin. Selain itu, ianya dikatakan bertujuan untuk membendung gaya hidup individu bujang yang dikatakan terlalu bebas.
Menurut sejarah, pada 9 AD, Maharaja Rom, Augustus telah memperkenalkan ‘Lex Papia Poppaea' iaitu sejenis cukai yang dikenakan terhadap lelaki bujang. Bukan itu sahaja, cukai pelik ini dikatakan turut dikenakan terhadap pasangan yang sudah berkahwin tetapi tidak memiliki anak.
Objektif utama cukai ini adalah untuk menggalakkan orang lelaki berkahwin dan pada masa yang sama membendung orang lelaki daripada terjebak dengan hedonistik, iaitu mengamalkan gaya hidup bebas. Contoh gaya hidup bebas ini termasuklah amalan seks bebas, hiburan melampau dan sebagainya.
Cukai seperti ini dikatakan sangat efektif bagi menjana wang bagi kerajaan sehingga menyebabkan konsep cukai yang sama telah diperkenalkan oleh beberapa kerajaan atau pemerintah seluruh dunia selepas itu antaranya British dan Amerika Syarikat.
Bertujuan untuk mengawal populasi
Pada tahun 1695 apabila kerajaan British menghadapi masalah kewangan akibat peperangan dengan Perancis, maka cukai untuk orang bujang ini diperkenalkan untuk menjana duit bagi kerajaan. Undang-undang mengenai cukai ini yang dikenali sebagai Marriage Duty Act telah mewajibkan cukai dikenakan terhadap semua lelaki bujang yang berumur 25 tahun ke atas.
Cukai seperti ini juga pernah diperkenalkan untuk mengawal populasi dan pertambahan penduduk. Di Afrika selatan, cukai seperti ini diperkenalkan untuk menggalakkan golongan kulit putih untuk memiliki anak sendiri.
Polisi ini mempunyai perkaitan dengan isu apartheid ketika itu dimana pihak kerajaan khuatir bahawa populasi orang kulit putih akan tenggelam dengan pertambahan golongan berkulit hitam. Dengan pengenalan cukai ini, diharapkan golongan berkulit putih akan terus bertambah di Afrika Selatan pada ketika itu.
Solusi yang sama turut pernah digunakan oleh Perdana Menteri Itali suatu ketika dahulu, Benito Mussolini. Pada tahu 1927, beliau memperkenalkan cukai ini sebagai usaha menjana pendapatan kerajaan selain meningkatkan populasi orang Itali. Ianya bertujuan untuk memastikan bangsa Itali (yang dianggapnya lebih baik) dan mengurangkan peratusan populasi orang Eropah di Itali.
Usaha untuk membendung gaya hidup bebas orang bujang
Walau bagaimanapun, terdapat kerajaan yang memperkenalkan cukai ini semata-mata kerana percaya ianya dapat mengawal gaya hidup bebas orang bujang. Pada abad ke 19, negeri Michigan di Amerika Syarikat telah beberapa kali cuba untuk memperkenalkan cukai sebegini kerana beranggapan orang bujang secara statistiknya banyak terlibat dengan perkara yang tidak elok.
Walau bagaimanapun, idea ini mendapat tentangan hebat. Ramai lelaki bujang mempersoalkan cukai sebegini merupakan satu bentuk diskriminasi jantina terhadap orang lelaki. Mereka turut mempersoalkan mengapa lelaki bujang sahaja yang perlu membayar cukai pelik ini sementara golongan wanita yang tidak berkahwin tidak pula dikenakan cukai ini.
Walau pun wujud pelbagai kontroversi mengenai idea, ia tetap dilakukan. Inisiatif yang lebih efektif muncul pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20. Perbincangan mengenai pengenalan cukai ini selalunya berkisar mengenai gaya hidup bebas orang lelaki bujang dan galakan mengapa mereka perlu berkahwin.
Pihak yang menentang keras idea ini turut menambah sekiranya cukai ini diperkenalkan, ianya mesti dikenakan terhadap wanita yang menolak lamaran pihak lelaki untuk berkahwin. Menurut mereka, Kerana tolakan lamaran berkahwin daripada golongan wanita seperti inilah mereka kekal bujang dan belum mendirikan rumah tangga.
Walaupun ramai orang bujang menentang cukai ini, ianya tetap diteruskan dan pada tahu 1921, cukai sebanyak $3 mula dikenalakn terhadap lelaki bujang. Pada masa kini, tiada negara yang dikenalpasti masih memperkenalkan cukai yang sangat unik ini.
Kredit: