Artikel ini ditulis oleh saudara Amirul Hamudin di laman Facebook milik beliau dan diedit oleh penulis sendiri.

Pihak iluminasi telah mendapat kebenaran untuk ulang siar penulisannya di laman blog ini. Semoga bermanfaat kepada semua.

Brucella, bahaya susu kambing dan ibu mengandung

Hari ini tajuk M&M (mortality dan morbidity) kami sangat menarik. Brucellosis. Tahu apa itu Brucellosis? Beberapa minggu sebelum ini, saya ada menjaga seorang pesakit wanita yang agak educated dan bekerja sebagai jurutera instrumen di ibu negara. Masalahnya pada awal seakan mudah. Datang ke hospital kerana demam. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, demam yang dijangkiti bukanlah demam biasa tetapi Pyrexia of Unknown Origin (PUO). Menurut pakar ia sesuatu yang memeningkan kepala kerana sebelum ini pesakit telah dimasukkan ke hospital swasta di Shah Alam dan diberikan pelbagai antibiotik yang kuat namun masih tidak dapat menghalang pesakit daripada demam.

Akhirnya pesakit dibenarkan keluar kerana suami bekerja di Johor Bharu dan mahu ke sini.

Ketika di Johor, demam yang dihadapi pesakit semakin teruk sehinggakan dimasukkan ke wad. Ujian blood culture (digunakan untuk mengesan kehadiran bakteria atau kulat dalam darah) dan sensitiviti (untuk menumbuhkan kuman) dibuat sebanyak 3 set, daripada bahagian yang berlainan selain pelbagai jenis ujian virus dan siasatan lain dijalankan, namun semuanya memberikan keputusan negatif.

brucella

Apa yang lebih membimbangkan adalah pesakit ini sedang mengandungkan anak pertama dan kandungannya sudah berusia 30 minggu. Pesakit kemudiannya dirujuk kepada pakar Obstetrik dan Ginekologi.High vaginal swab (juga untuk melihat kuman daripada kemaluan) diambil.

Kandungan didapati masih selamat dan sihat setelah imbasan dilakukan. Seminggu berlalu, sampel darah mendapati bahawa terdapat kuman Brucella dan sampel darah akan dihantar ke Institute of Medical Research (IMR), KL untuk ujian pengesahan.

Brucellosis atau Goat fever

Apa itu Brucella? Bagaimana boleh mendapat Brucella? Bahaya atau tidak mempunyainya semasa mengandung? Apa rawatannya?

brucella spp

Brucella adalah merupakan sejenis kuman yang boleh menjangkiti haiwan ternakan, terutamanya kambing. Ianya sangat mudah dijangkiti dan berbahaya lebih-lebih lagi jika anda mengandung.

Setelah disoal siasat, rupanya pesakit telah meminum susu kambing yang tidak dipasteurkan (proses membunuh kuman dalam minuman) dalam 2 hingga 3 bulan kebelakangan ini.

Beliau memberitahu menghabiskan 10 botol susu dalam masa sebulan sahaja. Susu kambing itu telah dibeli melalui laman instagram yang menurutnya mempunyai ramai pengikut dan agak popular.

Rawatan yang diberikan adalah antibiotik yang kebanyakkannya tidak sesuai untuk ibu mengandung, ada juga antibiotik kelas C dan D yang boleh diambil ibu mengandung bergantung kepada penilaian pakar, dalam erti kata kebaikkan melebihi keburukkan, dan perlu diambil pula sekurang-kurangnya selama enam minggu.

susu kambing

Namun jika tidak diambil, apa pula bahaya Brucellosis kepada ibu dan kandungan? Paling bahaya ialah akan menyebabkan kematian disebabkan jangkitan kuman ke jantung pesakit manakala bagi bayi pula, ia boleh menyebabkan keguguran, kematian bayi dalam rahim dan terencatnya tumbesaran bayi.

Jadi, adakah bagus untuk mengambil susu yang tidak dipasteur terlebih dahulu semasa mengandung? Saya pernah mengambil sains pemakanan semasa di sekolah perubatan dahulu sebagai subjek elektif. Memang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk susu yang dipasteur dan tidak.

Tetapi adakah saya akan memberinya kepada isteri saya jika dia sedang mengandung? Sudah tentu tidak. Kepada bayi saya jika masih kecil? Lagilah tidak. Buatlah pilihan bijak untuk orang yang ada sayang. Jauhi sebarang kemungkinan merbahaya. Lebih baik mencegah berbanding merawat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)