Oleh pada 23 Jul 2018 kategori

Pada awal tahun 1960-an, Chinatown di San Francisco menjadi tempat tumpuan para pengamal seni bela diri muda yang ingin berada di barisan hadapan menerajui bidang ini.

Masyarakat seni mempertahankan diri di kawasan ini yang berkembang pesat dan berfungsi sebagai tenaga pengajar yang mengajar banyak ahli seni bela diri terkenal.

Budaya bertarung di San Francisco Bay Area ini tersangat menarik sehingga ia membuatkan seorang pemuda memutuskan untuk berpindah dari Seattle ke Oakland di San Francisco, untuk membuka studio seni mempertahankan diri Jun Fan nya yang kedua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bruce lee ketika berada di seattle

bruce lee ketika muda

Pemuda itu tak lain tak bukan adalah Bruce Lee. Dan ketika itu, nama Wong Jack Man juga terkenal dan dihormati serta merupakan pemilik Institut Jun Fan Gung di mana dia mengajar Wing Chun.

Walau bagaimanapun, sekitar tahun 1964, Bruce Lee dan Wong Jack Man mendapati bahawa mereka berada di 2 dunia seni mempertahankan diri yang bertentangan di San Francisco.

Beberapa khabar angin mengatakan bahawa perselisihan di antara kedua-dua lagenda seni bela diri ini berpunca daripada studio seni bela diri milik Bruce Lee di Oakland menarik sebahagian besar pelajar bukan Cina.

wong jack man pengamal seni bela diri yang dihormati

Wong Jack Man pula menentang idea untuk mengajarkan seni bela diri kepada orang berkulit putih. Oleh itu, Wong mencadangkan kepada Bruce agar mereka bertarung dan jika Bruce kalah, dia harus menutup studionya.

Juga terdapat dakwaan bahawa Bruce Lee yang mencabar Wong Jack Man dengan mendakwa bahawa dia boleh mengalahkan mana-mana pengamal seni bela diri di San Francisco.

Dan dengan itu, Wong dikatakan mengajak untuk bertarung sebagai respon terhadap cakap besar Bruce Lee. Wong mahu pertarungan itu diadakan di hadapan umum.

bruce lee vs wong jack man 936

Namun, selepas keengganan Bruce, kedua-duanya bersetuju untuk bertarung secara tertutup di sekolah Lee dengan dihadiri oleh segelintir penonton.

Walaupun terdapat percanggahan mengenai jumlah orang yang hadir iaitu di antara 7 hingga 15 orang, namun hanya 3 individu daripada keseluruhan yang datang sahaja dapat disahkan iaitu Linda Lee Cadwell (isteri Bruce), rakan kongsi studio Bruce iaitu James Lee dan William Chen, sorang pengajar Tai Chi tempatan.

Pertarungan Bruce Lee vs Wong Jack Man versi Linda Lee

bruce lee dan isteri linda lee cadwell

Dan disebabkan oleh pertarungan itu berlangsung di kawasan tertutup, terdapat beberapa kenyataan yang bercanggah mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut versi Linda mengenai pertarungan ini, Bruce Lee mengalahkan Wong Jack Man dalam masa 5 minit sahaja:

"Kedua-dua mereka masuk dan menunduk hormat kemudiannya pertarungan dimulakan. Wong mengenakan postur berdiri klasik manakala Bruce yang pada masa itu masih menggunakan gaya Wing Chun, melakukan satu siri tumbukan lurus untuk memanaskan badan. 

Tak sampai seminit, anak-anak buah Wong cuba untuk menghentikan pertarungan ketika Bruce baru mula bertindak. Namun, James Lee memberi amaran kepada mereka untuk membiarkan pertarungan itu berlangsung.

bruce lee pencipta jeet kune do

Seminit kemudian dengan Bruce yang meneruskan serangan bertubi-tubi, Wong mula mengundur ke belakang sepantas yang boleh. Namun pertarungan tersebut bertukar menjadi sandiwara apabila Wong beralih ke belakang dan melarikan diri.

Bruce kemudiannya menerkam ke arah Wong dan menjatuhkannya di mana Bruce mula membelasahnya dengan agak teruk sambil menjerat, "Adakah ini sudah cukup?".

Wong kemudiannya membalas "Sudah cukup". Bruce sekali lagi bertanya soalan tersebut untuk memastikan bahawa Wong memahami bahawa ia adalah pengakhiran kepada pertarungan tersebut,".

Pertarungan Bruce Lee vs Wong Jack Man versi Wong

wong jack man dan pelakon phillip wong

Wong walaubagaimanapun menceritakan versi kejadian yang berlainan. Menurut kisahnya, dia menyatakan bahawa Bruce menyerang dengan agresif seperti "kerbau liar".

Wong pasti bahawa Bruce "tak akan mengaku kalah sehingga dia dibunuh", jadi Wong memilih untuk bertarung secara bertahan untuk tidak mengambil risiko berhadapan akibat kepada pertarungn yang boleh membawa maut.

Wong mendakwa pertarungan itu berlangsung selama 20 minit dan menjadi semakin perlahan kerana Bruce tercungap-cungap, dan bukan salah seorang daripada mereka melakukan pukulan berbahaya.

Pertarungan Bruce Lee vs Wong Jack Man versi William Chen

william chen menceritakan pertarungan antara bruce lee dan wong jack man

William Chen pula, yang sukakan gaya pertarngan dan seni bela diri yang lebih tradisional, menyifatkan pertarungan antara Bruce Lee dan Wong Jack Man sebagai seri.

Menurut versi yang lebih mirip dengan kenyataan Wong berbanding Lina, William juga menyatakan bahawa Bruce lebih agresif manakala Wong agak bertahan dan terkawal.

Dia juga bersetuju bahawa pertarungan itu berlangsung sekitar 20 hingga 25 minit dan sangat pasti bahawa ia tidak berakhir dengan Wong mengaku kalah dan memohon bantuan.

Kelahiran Jeet Kune Do

bruce lee dan chuck norris

Walaupun apa sebenarnya yang berlaku dalam pertarungan ini akan terus kekali sebagai misteri yang kontroversi kepada semua orang kecuali mereka yang menonton, ramai orang setuju bahawa ia memberikan kesan yang kuat terhadap Bruce Lee.

Menang atau tidak, pertarungan itu menjadi pemangkin kepada Bruce untuk mengubah pendekatannya terhadap pertarungan secara keseluruhan dan membawa kepada Bruce mencipta gaya tersendiri, diberi nama Jeet Kune Do atau JKD.

Jeet Kune DO menggabungkan elemen-elemen dari Wing Chun, Taekwondo, gusti, lawan pedang dan tinju Barat.

pertarungan antara bruce lee dan jack wong man menjadi misteri

Dalam satu temuramah dengan Black Belt Magazine, Bruce Lee menceritakan mengenai pertarungan itu tanpa menyebut nama Wong Jack Man:

"Saya pernah bertarung di San Francisco (merujuk kepada Bay Area dan bukannya di bandar) dengan "Kung-Fu cat". Selepas seketika, bajingan ini mula melarikan diri. Saya mengejarnya dan seperti orang bodoh, saya terus menumbuk bahagian belakang kepalanya. Tangan saya mula membengkak kerana memukul kepalanya yang keras. Ketika itulah saya menyedari bahawa Wing Chun tidak begitu praktikal dan mula mengubah cara saya bertarung,".




Hakcipta iluminasi.com (2017)