cita cita abbas alizada untuk menyempurnakan filem bruce lee

Sekali pandang, mungkin anda akan terpegun dan menyangkakan beliau adalah mendiang ahli seni bela diri terkenal dunia, Bruce Lee.

Dengan susuk tubuh dan wajah serta gaya rambut menyerupai ikon itu, memang tidak mustahil ramai yang menyangkakan beliau berasal dari China, namun Abbas Alizada, 21, yang berasal dari komuniti Hazara di Afghanistan, digelar sebagai "Bruce Hazara" oleh orang tempatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

abbas alizada mahir menggunakan nunchakus

Bukan sekadar paras rupa, Abbas malah mempunyai kemahiran seni bela diri seakan-akan Bruce Lee. Beliau sangat tangkas beraksi dan juga mahir menggunakan senjata yang digunakan Bruce Lee, iaitu nunchaku.

rupa dan gaya abbas alizada saling tak tumpah seperti bruce lee

Melihat tendangan dan tumbukan beliau, seolah-olah melihat Bruce Lee sendiri sedang beraksi di hadapan anda. Malah, Bruce Lee sendiri pun akan kagum dengan bakat anak muda ini.

Lahir sebagai anak bongsu dalam keluarga besar seramai 10 adik beradik, Abbas membesar di bandar Kabul yang didiami 6 juta penduduk. Berasal dari keluarga yang miskin, Abbas mula mendapat perhatian media selepas memuatnaik gambarnya di Facebook melakukan gaya di sebelah gambar Bruce Lee.

tubuh badan abbas alizada sangat mengagumkan 862

Beliau mula berlatih seni bela diri di kelab sukan Kabul untuk beberapa bulan. Namun disebabkan kekangan wang, Abbas terpaksa berhenti dan mula untuk berlatih di rumah. 

"Saya mula menontong filem lakonan Bruce Lee ketika berusia 8 tahun. Dan sejak itu, saya terpikat. Saya berkata, saya akan menjadi Bruce Lee Afghanistan satu hari nanti. Saya tahu, saya takkan mampu menjadi Bruce Lee, tapi saya akan ikut jejak langkahnya," jelas Abbas.

Disebabkan tahu akan kesusahan ibu bapa Abbas, seorang guru telah mengambil beliau sebagai anak muridnya untuk dilatih dengan percuma. Sejak itulah minat Abbas dalam seni bela diri semakin menggunung. Dan disebabkan minat yang mendalam, Abbas membuat keputusan untuk berhenti sekolah demi mengejar cita-citanya.

abbas alizada dan bruce lee 45

"Jangan marah, bukan saya tak minat bersekolah, bukan disebabkan tak ada benda saya perlu pelajari, tetapi kerana saya meminati sukan ini. Saya berjanji, saya akan menjadi terkenal di seluruh dunia satu ketika nanti," tambahnya lagi.

Sejak itu, Abbas tidak putus-putus berlatih dan memberikan sepenuh tenaga kepada minatnya. Perkara yang berada di minda setelah bangun pagi adalah berlatih untuk menjadi seperti idolanya. Penggunaan senjata nunchaku juga dipelajari Abbas sejak berusia 14 tahun. 

abbas alizada penyambung legasi bruce lee

Beliau berlatih 5 hingga 6 jam sehari, 6 hari seminggu yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kung fun pada waktu pagi dan bina badan pada waktu malam.

Dan kini, beliau sudah pun terkenal di kalangan remaja di Afghanistan dan dihormati ahli seni bela diri yang lain. Namun, itu bukan satu-satunya matlamat Abbas. Cita-cita tertinggi beliau adalah untuk melengkapkan filem "The Game of Death" yang tidak disempurnakan oleh Bruce Lee berikutan kematiannya pada tahun 1973.

abbas alizada berlatih 6 hari seminggu untuk menjadi seperti bruce lee

"Bruce Lee tidak menamatkan filem terakhirnya, hanya separuh dilakukan. Cita-cita saya adalah untuk menyempurnakannya,"

Namun bukan mudah untuk menjadi Bruce Lee Afghanistan. Disebalik pengiktirafan, Abbas juga pernah menerima beberapa ugutan bunuh. Rumahnya sering dipantau oleh penjenayah yang meminta yang melalui Facebook. 

abbas alizada digelar bruce hazara

Abbas juga menerima kritikan daripada fundamentalis Islam dengan mengatakan bahawa beliau meniru-niru perbuatan orang kafir dan tidak dapat diterima menurut pandangan Islam.

Namun dengan risiko yang diterima, Abbas masih tidak meninggalkan Afghanistan dan percaya beliau mampu merealisasikan impiannya satu hari nanti di China, Bollywood mahupun Hollywood.




Hakcipta iluminasi.com (2017)