Kredit foto: Instagram Eriyca Baiduri , Instagram Madammu

Siapa Madammu? Pemilik nama penuh Eriyca Baiduri Abd Rashid ini adalah pengasas kepada produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty.

Biodata

Nama sebenar: Eriyca Baiduri Abd Rashid

Nama komersial: Madammu

Umur: 32 tahun (2022)

Tarikh lahir: 19 September

Asal / Tempat lahir: Terengganu, Malaysia

Keluarga: Anak kedua daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Diploma bidang Penjagaan Diri dan Ijazah Sarjana Muda jurusan Komunikasi Massa (universiti tempatan)

Kerjaya: Usahawan kosmetik

Instagram (IG): @eriyca.baiduri

Latar Belakang

1. Dibesarkan dalam kehidupan yang kurang berada oleh Normah Dollah, seorang ibu tunggal yang bergiat sebagai usahawan.

2. Ibunya adalah pejuang kanser limfoma tahap 4.

3. Kakaknya, Datin Dahlia Baiduri Abd Rashid, manakala adiknya, Dayana Baiduri Abd Rashid.

4. Berkahwin di usia muda dengan Muhammad Azri Che Noh dan kehidupan dengan suaminya itu dilengkapi tiga orang anak tiri.

5. Kini dikenali sebagai founder produk kosmetik, Noir Health & Beauty yang mula dipasarkan pada tahun 2017.

Fakta Menarik

1. Terkenal di media sosial kerana sering mengadakan sesi lintas langsung atau 'live'.

2. Gemar berkomunikasi dalam loghat Pantai Timur.

3. Asalnya mengimpikan kerjaya sebagai seorang pembaca berita.

4. Dulu pernah bekerja dalam bidang perdagangan dan mengusahakan perniagaan restoran yang bertapak di Kuala Lumpur.

Baca: Biodata Marsha Milan, Penyanyi Lagu Cinta, Pemenang AJL 36 (Anugerah Juara Lagu 2022)

Fakta Noir Health & Beauty Sdn Bhd

1. Noir Health & Beauty Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berasaskan kecantikan halal dan premium, paling dikenali menerusi jenama Noir Beauty Essense.

2. Perniagaan ini bermula kecil-kecilan dengan hanya beroperasi dari rumah sewaktu peringkat awal.

3. Tidak hanya terhad kepada produk kosmetik, malah juga meliputi produk berbentuk kesihatan.

4. Pernah mendapat pengiktirafan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019. Juga penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan dan The BrandLaureate – The World's BestBrands e-Branding Awards dalam kategori Cosmetic and Skin Care Solution.

5. Memegang peranan sebagai penaja utama acara hiburan, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 36 pada 2022.

6. Madammu bergelar jutawan selepas tiga tahun mengusahakan bisnes ini.

Gambar

suami madammu

keluarga madammu

madammu biodata

eriyca baiduri

madammu noir

noir

biodata pengasas noir

pengasas noir

biodata eriyca baiduri

madammu noir biodata

ajl 567

Kredit foto: Instagram Eriyca Baiduri , Instagram Madammu

Video

Kredit video: JOM HOUSE TOUR MADAMMU (RUMAH MADAMMU)

Sumber:

1. Langkah optimis si jelita

2. Rahsia Miliki Segala-Galanya Pada Usia 28 Tahun, ERIYCA BAIDURI Kongsi Ilmu Perniagaan Ini!

3. Noir mula jadi sebutan

4. Madammu, Ratu 'live' Noir ke pentas AJL36

5. NOIR penaja utama AJL 36

6. Saksi Kepayahan IBU Pejuang Kanser Besarkan 3 Anak Sendirian, MADAMMU Bangkit Bergelar JUTAWAN




Hakcipta iluminasi.com (2017)