Kredit foto: Instagram Ryzal Ibrahim, Instagram @duriankimchijunior
Siapa Ryzal Ibrahim? Ryzal Ibrahim adalah seorang personaliti terkenal dalam dunia media sosial yang sering berkongsi kisah kehidupan dan pengalaman bersama pasangannya, Maryam Younarae.
Duriankimchi TV, platform mereka, telah menarik ramai pengikut dan menjadi kegemaran di kalangan pengguna media sosial.
Biodata
Nama sebenar: Nik Muhammad Rizal bin Nik Ibrahim
Nama komersial: Ryzal Ibrahim, Rizal Ibrahim
Umur: 31 tahun (2023)
Tarikh lahir: 15 November 1992
Tempat lahir / Asal: Kota Bharu, Kelantan
Keluarga: Anak sulung daripada lima orang adik beradik
Pendidikan: Diploma Televisyen Dan Filem daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan daripada Universiti Korea (Seoul, Korea Selatan)
Kerjaya / Pekerjaan: Personaliti media sosial, Youtuber
Instagram (IG): @ryzalibrhm
Latar Belakang Perkenalan Ryzal Ibrahim Dan Maryam You Narae
1. Semasa menuntut di Universiti Korea, Seoul pada tahun 2018, Ryzal berkenalan dengan You Narae yang pada masa itu merupakan seorang gadis biasa. You Narae bersama ibu saudaranya menjalankan gerai jualan kuih walnut di Korea Selatan.
2. Sebagai salam perkenalan, Ryzal menawarkan diri untuk mengajar You Narae bahasa Inggeris, dengan syarat gadis itu mengajarkannya bahasa Korea sebagai balasan.
3. Hubungan 'guru dan pelajar' yang terjalin di antara mereka telah menimbulkan minat You Narae terhadap agama Islam setelah dia melihat cara hidup dan amalan Ryzal yang memberi kesan yang mendalam kepadanya.
4. Pada Ramadan 2019, You Narae secara tidak rasmi menyatakan kepercayaannya terhadap Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah di depan Ryzal. Hampir sebulan sebelum Hari Raya Korban, pada 11 Julai 2019, dengan keyakinan yang teguh dalam keputusannya untuk berpindah agama, You Narae mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Imam di Masjid Itaewon, Seoul, dan menerima nama Islam, Maryam, dari adik Ryzal.
5. Ryzal dan Maryam memutuskan untuk berkahwin pada 15 Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul setelah saling mengenal hati budi masing-masing di Korea Selatan. Mereka kembali ke Malaysia dan menetap di sini sekitar bulan September 2020.
6. Pada 20 Oktober 2021, Ryzal dan Maryam menyambut kelahiran anak sulung mereka, seorang bayi perempuan yang diberi nama Rina, yang merupakan gabungan nama mereka berdua.
7. Pada tahun 2020, Ryzal dan Maryam aktif di platform Youtube dengan saluran mereka sendiri yang dikenali sebagai Duriankimchi TV. Video-video Maryam yang mempelajari bahasa Melayu berjaya menarik perhatian pengguna media sosial dan menghiburkan ramai.
Fakta Ryzal Ibrahim
1. Beliau pernah berkhidmat sebagai pelatih dan wartawan di TV3 Media Prima dan Primeworks Studios dari tahun 2015 hingga 2017.
2. Turut memiliki pengalaman bekerja sebagai perunding jualan di sebuah syarikat telekomunikasi di Suwon, Korea.
3. Pada 1 April 2023, Ryzal kehilangan bapa tercinta, Nik Ibrahim Nik Amin, yang meninggal dunia.
Pencapaian Duriankimchi
Top 10 Influencer Malaysia 2020 (Magazine To 10 Asia)
The Best Vlog di Anugerah Youtubrity Malaysia 2021
Inspiring Influencer 2022 di Kelantan Business Entrepreneur Award
Top 5 Meta's Creator of Tomorrow 2022
Baca: Biodata Maryam You Narae, Wanita Korea Isteri Ryzal Ibrahim, Youtuber Durian Kimchi
Gambar
Kredit foto: Instagram Ryzal Ibrahim, Instagram @duriankimchijunior
Video
Kredit video: Eksklusif! Pertama Kali Rina Di MeleTOP. Huru Hara Maryam & Ryzal Duriankimchi | MeleTOP |Nabil Hawa
Sumber:
1. Perjalanan indah hidayah Maryam
2. Gadis Korea tekad dalami ilmu agama, budaya masyarakat tempatan
3. Makna Aidilfitri Maryam You Narae
4. “Maafkan Abang Sayang…” - Sebaknya! Airmata Maryam Tumpah Apabila Suami Sanggup…
5. Maryam, Ryzal sambut ‘durian kimchi’ junior
6. Majalah Dewan Bahasa Edisi Januari 2021