Kredit foto: Instagram Najwa Latif
Siapa Najwa Latif? Imratul Najwa binti Abdul Latif atau nama komersialnya, Najwa Latif merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu Malaysia.
Beliau mula mencipta nama menerusi laman perkongsian video popular, Youtube.
Biodata Dan Latar Belakang
- Nama sebenarnya, Imratul Najwa binti Abdul Latif.
- Menggunakan nama pentas, Najwa Latif.
- Berumur 25 tahun.
- Kelahiran Temenggong, Batu Pahat, Johor, Malaysia pada 23 Mei 1995.
- Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) dan sarjana dalam jurusan sama daripada Universiti Malaya.
- Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2011 sebagai seorang penyanyi dan komposer, selain berkhidmat sebagai pensyarah dalam subjek Bahasa Inggeris di UNITAR International University (UNITAR).
- Pernah merakamkan sebuah album mini dengan menggunakan namanya sendiri sebagai judul, yang dipasarkan pada 8 Februari 2012 dengan menampilkan lagu-lagu hits seperti Cinta Muka Buku, Kosong, Carta Hati, Sahabat (duet bersama Syam Kamarul & Sleeq) dan I Love You.
- Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Untuk Dia (duet bersama Sleeq), AdaMu (lagu tema drama Setia Hujung Nyawa), Jauh, Aku, Hilang, Satu Hari Nanti, Satu, Biar, Kamu, KLIA (Kau Lupa Itu Aku) dan Tak Kisah Pun (menampilkan Akwa Arifin).
- Pemegang trofi kategori Kolaborasi Terbaik (bersama SleeQ & Syamkamarul) dan Lagu Singapura Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2013.
- Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @njwalatif sehingga kini mencatatkan lebih 584,000 pengikut.
Fakta Menarik
- Bekas penuntut aliran Sains Tulen di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.
- Memperoleh keputusan 4A daripada sembilan mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mula belajar bermain gitar sejak usia 14 tahun sebelum mencipta lagu menerusi kolaborasi bersama dengan kakaknya, Ika yang bertindak sebagai penulis lirik.
- Bergelar penyanyi rakaman syarikat NAR Records pada Mac 2011 yang disusuli dengan penerbitan single pengenalan yang berjudul, Cinta Muka Buku terbitan Julai 2011.
- 'Cinta Muka Buku' berjaya menempatkan diri ke pentas akhir pertandingan muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu 26 pada 2012.
- Menjadi artis undangan dalam Konsert Wang Leehom yang berlangsung di Genting Highlands, Pahang pada Mac 2013 yang mana mereka mendendangkan lagu 'All the Things You Don't Know' secara duet.
- Pada 20 November 2016, beliau meraih Anugerah Komposer Muda Berpotensi di Anugerah Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara.
- Bergelar duta untuk kempen Ramadan Colgate dan KidZania “Mari Beramal Bersama Colgate” pada 2013 bagi mendapatkan dana RM150,000 untuk disalurkan kepada 15 pusat anak yatim di Malaysia.
- Kesemua anggota keluarga beliau berbakat dalam bidang muzik.
Foto
Kredit foto: Instagram Najwa Latif & Facebook Najwa Latif
Video
Kredit video: Najwa Latif - Tak Kisah Pun ft. Akwa Arifin (Official Music Video)
Kredit foto: Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul Sahabat | Official Music Video | #NajwaLatif
Sumber:
2. Tugas pensyarah tak halang Najwa menyanyi