Kredit foto: Instagram Abdul Qawiy Aro

       

Abdul Qawiy merupakan seorang pempengaruh yang dikenali menerusi eksperimen sosial "Terjah Ngaji" di TikTok.

        

abdul qawiy

Kredit foto: Instagram Abdul Qawiy Aro

        

Beliau juga merupakan pengacara program "Qawiy Wuz Here" di TV Alhijrah yang telah menemui penonton pada tahun lalu. Berusia 27 tahun, pemuda ini menghafaz Al-Quran sejak usia 13 tahun dan kini aktif dalam menyebarkan ilmu Al-Quran menerusi media sosial dengan gaya santai "street wear".

        

Biodata

Nama sebenar: Abdul Qawiy Abd Rashit

Nama komersial: Qawiy, Abdul Qawiy, Qawiyaro, Abdul Qawiy Aro

Umur: 27 tahun (2024)

Asal: Selangor

Keluarga: Anak ketiga daripada empat orang adik beradik

Pendidikan: Jurusan Pengajian Islam di Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg, Afrika Selatan

Karier: Personaliti Media Sosial (Islamik), Imam

Instagram (IG): @qawiyaro

Tiktok: @qawiyaro

         

Latar Belakang

         

Pendidikan

1. Belajar di sebuah madrasah tahfiz di Madrasah Nurul Ilmu di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada usia 11 tahun.

2. Melanjutkan pengajian di Madrasah Darul Uloom Zakariyya di Johannesburg, Afrika Selatan dalam bidang Pengajian Islam pada usia 14 tahun.

3. Menuntut di Afrika Selatan selama lapan tahun sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 2018.

         

Pekerjaan

1. Guru mengaji menerusi aplikasi Islam Pro.

2. Mantan peniaga kosmetik.

3. Aktif dalam mengajar kelas mengaji secara dalam talian, dengan pelajar dari dalam dan luar negara.

        

Pencapaian

1. Meraih lebih dari 1.6 juta pengikut di TikTok dengan video-video berkaitan pengajian Al-Quran.

2. Memulakan kelas mengaji secara dalam talian yang mendapat sambutan baik dari pelajar pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Belgium dan Kyrgyzstan.

3. Pernah diundang sebagai imam solat tarawih di beberapa negara termasuk Paris, Brazil dan Afrika Selatan.

4. Menerajui program "Qawiy Wuz Here" di TV Alhijrah.

5. Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke 35 (2023), namanya disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima calon teratas untuk kategori Content Creator Popular, bersaing dengan personaliti terkenal seperti Alieff Irfan, Arieff Yong, Sofyank dan DD Chronicle.

        

Fakta Menarik

1. Berjaya menghafaz al-Quran pada usia 13 tahun.

2. Ketika di Afrika Selatan, dia mempelajari Pengajian Islam selama lapan tahun.

3. Sewaktu pandemik Covid-19, dia memulakan siaran langsung bacaan al-Quran di TikTok pada jam 6.40 pagi setiap hari.

4. Tidak mempunyai niat awal untuk berdakwah menerusi media sosial, namun menerima sambutan yang menggalakkan.

5. Memulakan perniagaan baju kurta sebagai sumber pendapatan tambahan.

6. Menganggap penting untuk membiasakan anak-anak dengan al-Quran sejak kecil dan menghindari paksaan.

7. Percaya bahawa menjaga diri dari dosa dan maksiat adalah penting dalam perjalanan menghafal al-Quran.

8. Sering disamakan dengan penyanyi rap MK K-Clique oleh pengikutnya di TikTok.

9. Memulakan cabaran eksperimen sosial "Terjah Ngaji" di TikTok yang mendapat perhatian dan respon positif.

10. Menyediakan hadiah RM50 kepada mereka yang berjaya menyambung bacaan ayat Al-Quran dalam "Terjah Ngaji" itu.

11. Memilih gaya "street wear" untuk memudahkan interaksi dengan golongan muda dan menyebar luaskan ilmu Al-Quran dengan lebih efektif.

        

Foto

abdul qawiy tiktok

abdul qawiy aro wikipedia

qawiyaro wikipedia

qawiyaro tiktok

qawiyaro dah kahwin

abdul qawiy abd rashid

abdul qawiy maksud

siapa abdul qawiy imam ibu bapa

abdul qawiy biodata

qawiyaro umur

qawiy

kurta qawiyaro

qawiyaro baju

abdul qawiy aro

qawiyaro

Kredit foto: Instagram Abdul Qawiy Aro

       

Video

Kredit video: HYPE HAFIZ | Qawi terjah ngaji di jalanan

        

Sumber:

1. Qawiy selesa gaya ‘street wear’ sampaikan dakwah, mudah dekati anak muda untuk sebarkan ilmu al-Quran

2. Umur 14 tahun dah belajar agama di Afrika Selatan, cikgu mengaji kongsi petua hafal al Quran... terkejut live TikTok boleh dapat 6,000 views

3. Rezeki Abdul Qawiy, kini mengajar mengaji online [METROTV]

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)