Kredit foto: Instagram Betty Banafe

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Spa Q, Betty Banafe nyaris buta selepas matanya tertusuk alat permainan milik anaknya.

Rentetan mata cedera dan berbalut selepas mendapat rawatan itu, Betty, 39, berdoa agar dirinya terus diberi kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang aktif.

"Anakku tertusuk mataku dengan mainan legonya. Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif masyaAllah hingga melukakan mata hitamnya.

"Semoga kita para ibu diberi kesabarang yang tertinggi. Amin," tulis Betty di catatan akaun Instagramnya.

Mendapat peluang mengekalkan daya penglihatan, ia menyedarkan Betty akan pengorbanan dan semangat manusia yang tidak diberi upaya itu dalam meneruskan kehidupan, justeru beliau mengingatkan mereka yang masih diberi nikmat sempurna agar tidak bergembira atas penderitaan orang lain.

betty banafe nyaris buta 2

Kredit foto: Instagram Betty Banafe

"Bersyukur kita masih boleh nampak. Alhamdulillah. Bayangkan mereka yang kekal buta. Tabik pengorbangan mereka dan orang sekeliling mereka.

"Kuatnya semangat mereka untuk hidup dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkanlah hatimu.

"Kerana waktu kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lainnya. Doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Terima kasih yang mulia hatinya," katanya.

Entri itu lantas menarik perhatian ramai para pengikutnya yang rata-ratanya mendoakan kesembuhan segera beliau.

"Ya Allah. Semoga kakak cepat sembuh. Okey ke mata tu? Dulu pun saya nyaris tak buta. Alhamdulillah sekarang dah okey.

"Semoga Allah memberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan... Amin.

"Saya faham sangat-sangat sebab saya pun ada anak yang aktif. Banyakkan bersabar ya," ulas beberapa peminat.

Betty berkahwin pada 8 Disember 2012 dengan suaminya, Bruce Darghous.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Julia, 5, dan Bruce Dean Dargus, berusia tiga tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)