Kredit foto: Instagram Ezza Yusof
Siapa Ezza Yusof? Pemilik nama sebenar Roszaliza Yusof ini merupakan bekas tunang kepada pelakon Remy Ishak.
Mereka yang kini berhubung kembali, bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini.
Sementara menantikannya, jom kita sama-sama semak butiran info biodata mengenai beliau!
Biodata / Profile / Latar Belakang
1. Nama penuhnya, Roszaliza Yusof.
2. Disapa dengan nama komersial, Ezza Yusof.
3. Berumur 38 tahun (2021).
4. Berasal dari Pahang.
5. Kelahiran 24 Mac 1983.
6. Graduan daripada Kolej Cosmopoint yang berkelulusan diploma dalam jurusan Grafik Dan Multimedia.
7. Bertapak dalam kariernya sejak tahun 2014.
8. Kini memegang jawatan sebagai pengarah kreatif dan pereka kasut untuk jenama 2morrow.
9. Pernah mereka kasut pengantin untuk beberapa figura ternama tanah air seperti Nad Zainal, Elvina Mohamad, Julia Ziegler, Indah Ruhaila, Lufya Omar, Tasha Manshahar, Farahanim Razak dan Syafiqah Aina.
10. Akaun Instagram (IG) beliau yang didaftarkan atas nama @ezzarl kini mempunyai lebih 90,000 pengikut.
Fakta Menarik
1. Merupakan teman rapat kepada aktres Nad Zainal.
2. Memutuskan untuk berhijab sejak Februari 2017.
3. Berkenalan dengan Remy Ishak sejak 2013 sebelum mengikat tali pertunangan dengan aktor itu pada Mei 2017. Mereka bagaimanapun putus tunang pada 2019.
4. Hubungan yang berakhir, terjalin semula lewat ini yang bakal membawa ke fasa perkahwinan pada 21 Ogos 2021.
5. Ezza pernah disangka berstatus janda gara-gara menjaga dua kanak-kanak bernama Dania dan Damia yang walhal adalah anak angkat kepada Remy!
Baca: Biodata Pelakon Remy Ishak
Gambar
Kredit foto: Instagram Ezza Yusof
Video
Kredit video: Remy Ishak cerita kenapa pilih Ezza Yusof jadi isteri... kisah cinta yang sweet - “She’s the one”
Sumber: