Seperti mana yang kita sedia maklum, burung kebiasaannya akan berhijrah atau migrasi dari satu destinasi ke satu destinasi akibat perubahan cuaca dan pelbagai faktor lain. Selepas satu ketika, burung-burung ini akan kembali semula ke kawasan asal mereka. 

Menariknya, para penyelidik dan pakar ornitologi menyatakan sepanjang sejarah, mereka mendapati bahawa burung-burung yang berhijrah ini akan mengambil laluan migrasi yang sama setiap tahun. Begitu juga mereka akan menggunakan laluan yang sama apabila pulang semula ke destinasi asal mereka selepas beberapa ketika.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Persoalannya, bagaimanakah mereka mempu menentukan hala tuju mereka ke destinasi yang jauhnya puluhan ribu kilometer tanpa sesat? Apakah rahsianya burung mempunyai kemampuan unik ini?

Keperluan burung melakukan migrasi

migrasi burung

Terdapat kira-kira 10,000 spesies burung di dunia dan hampir 20% daripada mereka adalah burung yang akan melakukan migrasi jarak jauh. Spesies migrasi ini biasanya bergerak dalam corak arah utara-selatan antara kawasan "pembiakan" mereka dan kawasan "musim sejuk" mereka.

Terdapat beberapa sebab sesetengah spesis burung ini perlu melakukan penghijrahan ini dan ia biasanya berlaku disebabkan oleh keperluan untuk membiak, ketersediaan makanan, dan peningkatan / pengurangan ancaman pemangsa.

Saiz laluan migrasi ini boleh berbeza-beza daripada hanya beberapa ratus meter hingga lebih 50,000 batu. Corak migrasi ini telah dikenalpasti oleh manusia selama lebih daripada 3,000 tahun, namun keupayaan burung ini untuk berhijrah tanpa sesat kekal sebagai kemahiran yang sangat misteri yang belum dapat dirungkai manusia. 

Kesimpulan dan pemerhatian tertentu telah dibuat oleh beberapa pihak untuk memberi petunjuk kepada kita tentang rahsia istimewa ini tetapi masih terdapat banyak persoalan yang belum dapat dirungkai oleh para pengkaji. Berikut merupakan beberapa teori yang mungkin menjelaskan perkara ini.

1. Menggunakan akal dan daya ingatan mereka

pandangan mata burung

Memandangkan laluan migrasi burung ini kekal tahun demi tahun, saintis telah lama percaya bahawa burung mungkin mengikuti bentuk landskap Bumi untuk mencari destinasi migrasi mereka. Penanda visual, bunyi tertentu, bau yang berbeza dan isyarat sosial yang dipelajari mungkin memainkan peranan penting dalam proses ini, menurut pakar ornitologi.

Bayangkan terbang beribu-ribu kaki di atas tanah di bawah anda, anda boleh melihat sungai, hutan, gunung dan tanda tempat semula jadi yang terbentang umpama peta. Adalah dipercayai bahawa burung boleh mencipta peta mental corak migrasi mereka, dan memandangkan persekitaran berskala besar tidak berubah selalunya sepanjang hayat burung, kaedah navigasi ini boleh menjadi sangat berkesan.

Terdapat spekulasi bahawa burung yang masih muda mungkin mempelajari untuk mengingati "peta menta"l" ini melalui isyarat sosial, iaitu menyertai ibu bapanya dalam penghijrahan tahunan mereka sebelum mereka akhirnya sudah cukup besar untuk mengingati peta ini dan berhijrah sendiri.

2. Petunjuk dari langit

pelayaran berdasarkan bintang 129

Bagi burung yang berada dalam keadaan yang kurang ideal contohnya apabila mengembara di atas perairan yang besar atau kawasan tanah tanpa ciri yang dapat dilihat, kaedah lain telah dicadangkan untuk mereke menentukan hala tuju mereka. 

Beberapa perkara yang tidak pernah berubah pada setiap tahun ialah orientasi matahari dan bintang, jadi dipercayai bahawa sesetengah spesies burung menggunakan navigasi berdasarkan petunjuk dari langit seperti kelasi zaman dahulu untuk mencari jalan perjalanan mereka yang lebih mencabar.

3. Penglihatan berdasarkan medan magnet

mata burung

Salah satu teori yang lebih rumit untuk menjelaskan penghijrahan burung melibatkan keupayaan burung untuk mengesan medan magnet Bumi dan seterusnya mengikuti medan tersebut ke destinasi terakhir mereka.

Keupayaan untuk menggunakan gelombang yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar ini sukar diterima oleh sesetengah pakar ornitologi, tetapi dicadangkan bahawa sesetengah burung mempunyai paruh  mengandungi zarah magnet yang bertindak sebagai kompas. Teori ini kini digantikan dengan konsep "penglihatan berdasarkan medan magnet" atau Vision-Based Magnetoreception.

Mengikut konsep ini, burung dipercayai boleh "melihat" medan magnet dan menyelaraskan diri mereka dengan arah medan yang ingin dilalui. Jika seekor burung berhijrah ke selatan, ia akan sejajar dengan medan magnet yang menghadap ke selatan. Eksperimen di makmal telah berjaya menghasilkan "medan magnet ke selatan" buatan dan burung bergerak ke arah itu.

Dengan mengandaikan bahawa keupayaan ini ada kaitan dengan penglihatan, penyelidik menganggap bahawa burung memerlukan penglihatan yang jelas di mata kanan mereka untuk mengesan medan magnet. Secara teorinya, penyelidik percaya burung mempunyai "kompas fotokimia" semulajadi.

Pada asasnya, fotoreseptor dalam mata burung menyebabkan proses kimia dalam retina yang menghasilkan satu lagi jenis spesies fotokimia yang reaktif kepada kekuatan medan magnet dan arah.

Perkara ini boleh bermakna bahawa medan magnet kelihatan sebagai warna bergerak yang berbeza kepada burung, membolehkan mereka mengikuti laluan yang dihafal seterusnya menjadikan mereka sangat sukar untuk tersesat semasa perjalanan ke destinasi dan pula semula ke tempatt asal.

Kredit:

  1. India Today
  2. Science Daily
  3. The New York Times
  4. Inverse



Hakcipta iluminasi.com (2017)