Sedang dalam perjalanan ke kampung halaman; anak penulis meminta supaya tingkap kereta di buka.

Dia kata pendingin hawa di pasang terlalu kuat jadi dia nak rasa angin luar sekejap. Penulis pun bukakanlah tingkap, bagi angin masuk. Elok juga, lagipun memang disarankan kita buka sebentar tingkap selepas memandu dalam pendingin hawa 45 minit ke 1 jam tempoh pemanduan. "Ayah!" panggil anak penulis. "Macam mana angin boleh ada?"

BESARKAN TEKS     A-  A+

Teringat penulis beberapa hari sebelum tu kami berbincang tentang bagaimana hujan boleh ada. "Angin?" fikir penulis. "Macam mana angin boleh berlaku?" Berpeluh penulis ketika itu.

Matahari - watak utama dalam proses pembentukan angin

bagaimana angin terbentuk

Untuk memahami bagaimana angin boleh terbentuk, kisahnya lebih kompleks sedikit berbanding bagaimana kitaran air berlaku. Walau bagaimanapun, watak terpenting yang perlu ada mestilah matahari.

Macam tak masuk akal pula matahari memainkan peranan terbesar dalam penghasilan angin kan? Memang benar - semua proses semulajadi melibatkan cuaca yang berlaku di bumi ni memerlukan penglibatan matahari dalam prosesnya, termasuklah angin.

Angin terbentuk dengan proses pemanasan yang berlaku pada permukaan bumi oleh matahari. Pemanasan permukaan ini yang berlaku dalam bentuk tidak sekata akan menyebabkan udara naik dan turun, membentuk kawasan-kawasan yang mempunyai tekanan udara berbeza-beza.

Ini menyebabkan ada kawasan yang mengalami suhu udara yang sejuk, ada kawasan yang mempunyai suhu udara yang panas. Apabila wujud banyak kawasan yang mempunyai suhu yang berlainan ini, tekanan udara yang wujud di setiap kawasan itu juga berbeza-beza.

Suhu sebagai faktor utama pembentukan angin

angin kuat ribut

Faktor paling penting dalam pembentukan angin adalah suhu. Udara yang panas mempunyai molekul yang lebih aktif serta berjarak-jarak, sementara udara sejuk mempunyai molekul udara yang lebih perlahan dan rapat.

Apabila udara itu panas, udara itu secara automatik akan naik ke atas menyebabkan wujudnya ruangan kosong yang perlu diisi dengan udara lebih sejuk. Dari situlah datangnya angin.

Angin akan terhasil apabila udara yang mempunyai suhu rendah dan bertekanan rendah, masuk menggantikan udara panas tadi dan proses ini berlaku setiap masa tanpa kita sedari. Setiap kali kita merasa angin, secara automatik rasanya lebih sejuk pada kita kan? Itu adalah kerana tekanan angin itu dibentuk oleh udara yang mempunyai suhu lebih rendah.

Oleh itu kita rasa nyaman saja bila angin lalu mengenai kita.

Apakah yang menentukan hala tuju angin?

mengeringkan rambut menggunakan kipas angin 712

Untuk memahami bagaimana meramal arah pergerakan angin, kita perlu menyedari sau fakta bahawa angin dan lautan tidak pernah statik. Kedua-duanya senantiasa bergerak mewujudkan kitaran cuaca di bumi. Bagaimanapun, pergerakan kedua-dua elemen ini perlu bergantung dengan putaran bumi.

Dalam kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa angin sentiasa bergerak dalam keadaan melengkung atau berpusar, bukan dalam arah yang lurus. Bentuk itu terjadi disebabkan gerakan angin dipengaruhi oleh putaran bumi dan digelarkan sebagai 'Kesan Coriolis.'

Oleh kerana bumi sentiasa bergerak, angin yang bergerak tidak boleh bergerak lurus sebaliknya akan melengkung atau berpusar pergerakannya. Lengkungan pergerakan angin juga berbeza mengikut kawasan. Angin di kawasan hemisfera utara bumi akan berpusing melawan arah jam sementara angin di kawasan hemisfera selatan pula akan berpusing mengikut arah jam.

Dengan mengambil kira arah pergerakan angin, tekanan udara serta suhu - semua faktor ini akan digunakan dalam meramal pembentukan taufan, puting beliung, hujan dan apa saja fenomena yang berlaku di muka bumi ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)