Kredit foto: wikiwand.com
Jarang sekali mendengar cerita kurang baik mengenai pelakon Ashraf Muslim bersama dua orang isterinya yang tampak bahagia dengan rumahtangga mereka biarpun bermadu.
Oleh itu, ramai yang kagum dengan Ashraf yang dianggap sebagai ikon poligami memandangkan ianya bukanlah sesuatu yang mudah apatahlagi untuk seorang yang bergelar selebriti.
Apabila sudah ada tanggungjawab yang besar ni, kita sendiri pun kenalah disiplinkan diri. Kalau suami tak bijak dan tak sabar, susahlah untuk dapat kebahagian dalam rumah tangga. Bagi saya, sebagai suami kita kena bijak, pandai membahagikan masa antara kerja, dengan isteri juga masa dengan kawan-kawan.
Kalau ada orang anggap saya ini ikon, saya bukanlah yang terbaik. Saya pun menjadikan nabi Muhammad sebagai contoh. Baginda lah ikon dan paling terbaik untuk kita semua contohi.
Untuk pengetahuan, Ashraf mendirikan rumahtangga bersama isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Mekah manakala dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Pattalung, Selatan Thailand.
Hasil kedua-dua perkahwinan itu, Ashraf dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf , Anas Ashraf dan Adam Ashraf.
Sumber: malaysiandigest.com & beautifulnara.com