Sehingga kini kami masih mendapat perkongsian daripada orang ramai berkenaan salah satu mitos konspirasi pengeluar ubat gigi yang paling popular. Kami pasti anda pun pernah terbaca berkenaan perkara melibatkan kod warna ubat gigi.'

Sekiranya anda memeriksa tiub ubat gigi anda, anda akan mendapati wujud kod warna dicetak, kebiasaannya pada bahagian hujung tiub. Kod warna ini pula boleh datang dengan pelbagai jenis, selalunya biru, hijau, merah dan juga hitam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ramai orang percaya kod itu sebenarnya merujuk kepada kandungan bahan ubat gigi yang dijual.

Contohnya kod biru mengandungi bahan asli dan perubatan, kod hijau menunjukkan ubat gigi itu diperbuat daripada bahan asli 100%, merah pula adalah gabungan bahan asli dan bahan kimia sementara hitam pula merujuk kepada ubat gigi 100% diperbuat daripada bahan kimia.

Benarkah dakwaan ini?

kod warna pada tiub ubat gigi

Mitos ini kerap kali disebarkan berikutan perasaan was-was yang datang pada kita sebagai pengguna. Lagipun, siapa yang tak suka berbincang tentang teori konspirasi, apatah lagi apabila melibatkan konspirasi syarikat-syarikat besar kan?

Perkara ini disebarkan tanpa kita mahu melakukan carian mudah untuk mendapatkan kesahihan tentang perkara tersebut, walhal telefon pintar kebiasaannya ada sahaja di sisi kita.

Mitos ini tidak benar sama sekali dan kod warna yang dicetak pada tiub ubat gigi sebenarnya langsung tidak berkait dengan kandungan bahan ubat gigi itu sendiri. Tetapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kod warna itu?

Penanda kepada mesin pengimbas

sensor pengesan warna

Kod itu sebenarnya adalah 'eye mark' atau 'colour marks' yang dicetak supaya pengesan sensor mampu mengetahui bahagian mana yang perlu dilipat atau digamkan, kerana asalnya tiub ubat gigi itu sebenarnya adalah satu salur silinder yang panjang.

Kod-kod warna itu dicetak ke atas tiub mengikut ukuran yang telah ditetapkan jadi mesin yang dikawal komputer dapat mengetahui di bahagian mana tperluakan dipotong untuk mendapat ukuran satu tiub ubat gigi yang betul.

bagaimana pemotongan dilakukan mengikut had warna

Selepas ubat gigi diisikan ke dalam tiub itu, kod warna itu sekali lagi dikesan mesin untuk mengetahui bahagian hujung tiub yang perlu dilipat dan digamkan. Tanpa ada kod warna pada tiub, mesin tidak akan faham orientasi tiub ubat gigi semasa sedang dalam proses.

Selepas tiub ubat gigi disiapkan, kod warna itu membantu mengasingkan jenis-jenis ubat gigi mengikut perisa yang ada dan kod itu dibaca untuk memastikan tiub ubat gigi dapat dimasukkan ke dalam kotak yang betul.

Ilmu kepenggunaan sangat penting!

ubat gigi berwarna warni mitos kod warna bahan kimi

Setiap ubat gigi kebiasaannya datang dengan lima kandungan asas yang sama.

Pertama -  bahan peluntur yang lembut bertugas untuk membuang kesan dan sisa makanan. Kedua, sejenis bahan bernama 'humectants' yang berfungsi mengekalkan kelembapan ubat gigi agar ubat gigi tidak kering. Ketiga - bahan pemekat yang berfungsi menstabilkan formula ubat gigi.

Bahan keempat adalah serbuk pencuci mirip sabun yang bertanggungjawab membersihkan gigi serta memudahkan ubat gigi merebak. Yang terakhir adalah bahan perasa tanpa gula yang memberikan rasa manis pada ubat gigi. Tahukah anda kenapa ubat gigi berbuih semasa kita menggunakannya? Itu adalah tindak balas di antara detergen yang ada dalam ubat gigi dan gigi kita.

Selain lima bahan asas itu, bahan-bahan lain yang ditambah bergantung kepada keperluan dan produk pengeluar. Ada yang menambah florida, ada yang menambah bahan pemutih dan ada yang menambah bahan mengurangkan sensitiviti bagi ubat gigi yang dilabelkan sesuai untuk gigi sensitif.

kod warna pada bungkusan coklat bahan kimia

Dah jelas kan kod warna pada tiub tidak ada kaitan dengan kandungan ubat gigi itu?

Satu lagi perkara yang perlu anda ketahui, kod warna pada bungkusan ini bukan saja ada pada tiub ubat gigi. Sekiranya kita teliti banyak bungkusan di sekeliling kita, sebenarnya turut sama mempunyai kod warna dicetak pada permukaannya.

Semasa kita kecil, kita kerap makan keropok kan?

Pasti ada yang menganggap bungkusan keropok yang bertanda warna hitam sebenarnya menandakan bahagian yang lebih mudah dibuka, kan? Itu juga adalah kod warna pada bungkusan sebagai penanda di mana pembungkus keropok itu perlu dipotong oleh mesin.




Hakcipta iluminasi.com (2017)