Empangan adalah antara salah satu ciptaan manusia yang tersangat penting dan tanpanya, hidup kita mungkin tidak seselesa seperti hari ini.

Ia mempunyai pelbagai fungsi termasuklah untuk bekalan air domestik dan industri, pengawalan banjir, penjanaan tenaga elektrik, rekreasi dan penyejukan industri.

Namun, ciptaan penting ini juga sangat berbahaya kepada manusia, jika ada yang terjatuh atau terperangkap di empangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Persoalannya, apakah yang berlaku sekiranya anda masuk atau terjatuh ke dalam lubang empangan?

Dalam kes seperti ini, mereka yang hilang di empangan biasanya tidak lagi ditemui. Jenis kematian bergantung kepada jenis empangan, kerana masing-masing mempunyai sistem yang berlainan.

jatuh ke dalam empangan

Bergantung pada seberapa rendah empangan tersebut, ada kemungkinan besar anda akan diserap ke gelung yang tidak berkesudahan (seperti mesin basuh) dan kemudian lemas.

Ini adalah masalah serius kerana penyelamat sendiri tidak mampu melakukan apa-apa, melainkan mereka juga mahu menjadi mangsa.

Sekiranya empangan tersebut mempunyai sistem pembuangan terbuka dengan aliran yang konsisten, anda mungkin hanya patah beberapa tulang rusuk, terhantuk kepala, dan lain-lain. Anda mungkin masih hidup walaupun mengalami kecederaan ringan atau parah.

glory hole empangan

Jika anda berenang berhampiran "glory hole" di atas, anda akan disedut dan keluar melalui sungai di bawahnya. Jika anda bernasib baik, anda tidak mengalami kecederaan teruk.

Jika anda berenang berhampiran dengan kawasan atas empangan seperti di bawah, anda akan jatuh secara bebas sekitar 52 meter di atas kongkrit pepejal.

Dalam kes ini, kemungkinan besar anda akan terbunuh.

Bagi empangan di bawah ini pula, terjatuh ke dalamnya membawa risiko berisiko lemas dan terbunuh akibat hentakan.

apa berlaku jika terjatuh dalam empangan

Namun ada kemungkinan untuk selamat kerana terdapat banyak air dan arus yang deras menjauhkan anda dari batu dan kongkrit

Dan jika badan anda berjaya melepasi melalui pintu-pintu empangan di bawah, dengan syarat badan anda tidak terputus akibat tersangkut dan ditolak arus deras, anda akan dibawa air ke bawah dengan risiko mati yang agak rendah.

jatuh dalam empangan apa berlaku

Sebahagian besar saluran masuk empangan mempunyai penapis untuk mengelakkan batu, serpihan dan sampah masuk ke dalamnya yang akan merosakkan turbin.

Jadi jika anda disedut ke dalam turbin, jaring penapis tersebut akan menyelamatkan anda namun tekanan air deras yang mengalir turun akan membuat anda terperangkap, yang membuatkan anda lemas.

Dan jika anda melepasi penapis ini, turbin berputar berkelajuan tinggi yang bersaiz gergasi akan mengisar tubuh badan anda dengan begitu mudah, membuatkan badan anda berkecai menjadi serpihan kecil.

sistem empangan hidroelektrik

(Empangan hidroelektrik)

Jika empangan tersebut adalah empangan hidroelektrik, turbin ini akan menyedut air masuk ke dalamnya menggunakan turbin yang bersaiz gergasi.

Namun, sebahagian besar saluran masuk empangan mempunyai penapis untuk mengelakkan batu, serpihan dan sampah masuk ke dalamnya yang akan merosakkan turbin.

Jaring penapis ini akan menyelamatkan anda dari turbin, namun tekanan air deras yang mengalir turun akan membuat anda terperangkap, yang membuatkan anda lemas.

turbin gergasi dalam empangan 2

(Turbin gergasi)

Jika anda tidak bernasib baik dan disedut masuk melalui jaring ini ke dalam turbin, turbin gergasi yang berputar berkelajuan tinggi akan mengisar tubuh badan anda dengan begitu mudah, membuatkan badan anda berkecai menjadi serpihan kecil.

Cara mudah untuk bayangkan ini adalah seperti anda mengisar bawang menggunakan pengisar makanan.

Rujukan:

1. Manitoba Hydro

2. USGS




Hakcipta iluminasi.com (2017)