Kecewa bukan membaca tajuk artikel ini? Sekiranya anda dilahirkan pada tahun 1990an pasti anda gemar menonton rancangan Mighty Morphin Power Rangers ini. Tidak lama lagi filem Power Rangers akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia (March 2017). Walaupun ini bukan kali pertama pembikinan filem Power Rangers, namun ini adalah kali pertama filem superhero bertopeng dihasilkan sehingga menelan bajet sebanyak USD 100 juta.
BESARKAN TEKS A- A+
Filem ini telah mendapat banyak reaksi positif dari peminat Power Rangers namun mendapat kritikan hebat apabila diumumkan salah seorang daripada rangers adalah gay. Sekiranya anda tidak mahu untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Sila abaikan artikel ini (Spoiler Alert!)
Ada babak didalam filem yang bakal ditayangkan ini menunjukkan Trini (Power Ranger Kuning) yang keliru dengan masalah psikologi yang dihadapinya. Pada mulanya, Trini menyangkakan dia menghadapi masalah dengan teman lelaki. Rupanya dia mengalami keadaan dilema ini kerana teman perempuannya sendiri.
Trini mempersoalkan tentang pegangan dirinya dan 'apa' sebenarnya kemahuan dirinya. Diceritakan sendiri oleh pengarah filem ini, Dean Israelite bahawa memang disengajakan pembikinan babak ini untuk mempertontonkan kepada remaja bahawa perbuatan ini tidak salah, itu tidak salah, ini OK, itu OK.
Berdasarkan penceritakan pengarah filem, memang jelas menunjukkan bahawa filem ini ingin mempromosikan LGBT kepada masyarakat dan remaja. Sekiranya anda sudah bercadang untuk pergi menonton bersama anak-anak, sila fikir dua kali. Hahaha.