Anime bukan sahaja biasanya datang dengan penceritaan yang menarik dan kompleks tetapi juga telah memberi inspirasi kepada pembuat filem untuk menghidupkan kisah-kisah luar biasa ini.
Terdapat beberapa anime yang bukan sahaja menghiburkan penonton dengan keunikan plot ceritanya dan watak dalam anime tersebut malah telah menginspirasikan pembuat filem Hollywood untuk memasukkan beberapa elemen dari anime ke dalam filem mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sukar untuk kita nafi dan abaikan terdapatnya pengaruh anime dalam filem Hollywood. Sama ada adegan ikonik dalam filem blockbuster atau genre anime popular, Hollywood semakin kerap mencari inspirai melalui anime-anime dari Jepun.
Berikut merupakan beberapa kesan anime terhadap dunia perfileman Hollywood.
Kesan pada visual
Impak anime yang paling ketara terhadap Hollywood ialah dari aspek visual. Gaya seni anime yang berbeza tidak dapat dinafikan, daripada warna-warna cerahnya kepada ekspresi watak yang diperbesar-besarkan (exaggerated).
Para pengarah semakin cuba untuk mencontohi visual ini melalui teknologi seperti tangkapan gerakan dan animasi CGI. Contoh utamanya ialah filem blockbuster Avatar oleh James Cameron yang dihasilkan pada 2009 yang menampilkan kesan visual yang hebat yang banyak dipengaruhi oleh filem Studio Ghibli seperti Princess Mononoke dan Spirited Away.
Pengaruh ini juga boleh dilihat dalam filem Marvel iaitu Black Panther, di mana watak-watak telah ini telah diperbesarkan-besarkan ciri-ciri wajah yang serupa dengan yang terdapat dalam animasi Jepun.
Pengaruh pada genre filem
Tidak keterlaluan untuk diatakan bahawa tanpa animasi Jepun, kemungkinan besar tiada filea bergenre adiwira seperti hari ini - sekurang-kurangnya tidak seperti yang kita ketahui!
Filem adiwira pertama yang pernah dibuat di barat ialah Superman pada tahun 1978. Tetapi hanya pada tahun 1989 apabila Tim Burton mengeluarkan Batman, filem adiwira mula mendapat populariti di kalangan penonton arus perdana.
Walau bagaimanapun, hanya pada tahun 2000, apabila X-Men ditayangkan di pawagam penonton mula melihat lambakan filem bergenre sebegini setiap tahun.
Lonjakan mendadak ini disebabkan terutamanya oleh pengaruh siri manga/anime Jepun seperti Dragon Ball Z dan Yu-Gi-Oh!, yang menjadi sangat popular pada masa yang sama dengan tarikh tayangan X-Men. Tanpa dua siri ini membuka jalan kepada filem bergenre adira, mungkinkah filem Marvel atau D.C. Comics akan wujud?
Pengaruh Anime terhadap plot penceritaan
Walaupun visual anime sudah pasti menarik perhatian, perkara yang menarik orang ramai ke dalam cerita tersebut ialah plot dan watak watak mereka yang unik.
Kita sering melihat pembikin filem Hollywood mengambil inpsirasi daripada teknik penceritaan Jepun seperti teknik kilas balik (flashback) dan urutan mimpi untuk menambah kekayaan dan kedalaman karya mereka.
Satu contoh perkara ini boleh dilihat dalam Kill Bill Vol 1 & 2 karya Quentin Tarantino, yang menampilkan adegan pergaduhan yang diilhamkan secara langsung oleh anime klasik seperti Fist of the North Star dan Akira.
Begitu juga ilem Inception oleh Christopher Nolan banyak dipengaruhi oleh struktur naratif yang digunakan dalam filem Paprika karya Satoshi Kon. Kedua-dua filem memaparkan dunia mimpi yang bersarang dalam dunia mimpi yang mengaburkan sempadan antara realiti dan fantasi. Konsep ini berasal dari animator Jepun pada tahun 1970-an.
Jelas sekali bahawa anime telah memberi impak yang besar pada filem Hollywood sejak beberapa dekad yang lalu - daripada pengaruh visual kepada mengubah teknik penceritaan sehingga membentuk keseluruhan genre.
Ia telah membuka peluang baharu untuk pembikin filem merentasi semua disiplin dan pintu yang tidak terkira banyaknya untuk penonton di seluruh dunia yang kini mendapat akses kepada beberapa cerita yang benar-benar luar biasa.
Walaupun mungkin masih terdapat beberapa perdebatan tentang apa yang layak dipanggil sebagai "anime" sebenar berbanding "animasi", satu perkara yang pasti - anime Jepun akan terus memberi inspirasi kepada pembuat filem di mana-mana untuk tahun-tahun akan datang.
Kedit: