Beberapa tahun lalu, pendedahan skandal seks pengarah filem Harvey Weinstein ternyata telah mengejutkan banyak pihak. Pendedahan skandal seks orang berpengaruh dalam industri perfileman Hollywood ini menyaksikan lebih ramai artis berani tampil ke hadapan menceritakan mereka pernah melalui pengalaman yang sama.

Di media massa, kita mungkin melihat dunia Hollywood ini hanyalah mengenai kekayaan, kemewahan dan populariti semata-mata. Realitinya, dunia hiburan Hollywood ini penuh dengan sisi gelap yang mungkin tidak diketahui orang ramai.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 sisi gelap dunia hiburan Hollywood yang benar-benar wujud. Perkara-perkara ini telah didedahkan sendiri oleh selebriti-selebriti dan orang-orang dalaman industri yang sudah berada lama dalam dalam industri ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Paparazzi untuk diupah

Jika anda lihat gambar-gambar selebriti yang dipaparkan di website mahupun majalah, ramai yang akan menyangka ianya adalah gambar "candid" yang diambil secara spontan atau curi-curi.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2016 seorang fotografer mendedahkan sesetengah selebriti sebenarnya mengupah paparazzi atau jurugambar profesional untuk tujuan tersebut. Malah, mereka sanggup menerbangkan paparazzi atau jurugambar upahan mereka ke serata dunia untuk mengambil mereka.

Tujuan mereka mengupah paparazzi ini adalah untuk memastikan gambar mereka sentiasa cantik walaupun didakwa diambil secara candid. Realitinya, mereka akan memastikan gambar yang diambil benar-benar cantik sebelum dihantar ke pihak media. Malah, ada gambar yang akan disunting terlebih dahulu bagi menggambarkan tiada sebarang kecacatan pada gambar tersebut.

2. Dadah disediakan di set penggambaran

ketagihan dadah 207

Bagi sebahagian kecil selebriti Hollywood, ketagihan terhadap minuman alkohol dan dadah adalah perkara biasa. Kebanyakan mereka melakukannya sebagai cara untuk mengurangkan stress. Malah, ada artis yang mengambilnya untuk kelihatan lebih bertenaga ketika melakukan pengambaran.

Seorang bekas pelakon popular, Dennis Quaid pernah mendedahkan kepada media bahawa beliau mempunyai ketagihan terhadap kokain sebelum menjadi pelakon lagi. Paling mengejutkan, beliau mendedahkan sesetengah syarikat filem turut menyediakan bajet khas peruntukan membeli dadah untuk pelakon mereka.

Beliau turut menyatakan pemberian dadah di set penggambaran adalah perkara biasa. Pelakon ini turut mendedahkan ketagihannya terhadap dadah telah memusnahkan hidupnya selepas itu. Malah, seorang lagi pelakon dan pembuat filem, Jack Nicholson turut mengakui perkara yang sama.

3. Masalah takut untuk makan

takut makan

Menjadi seorang selebriti di Hollywood memerlukan seseorang selebriti untuk sentiasa kelihatan cantik dan menjaga penampulan diri. Berada di hadapan kamera setiap masa menyebabkan mereka perlu menjaga bentuk tubuh agar kelihatan cantik dimata peminat.

Hal ini memberikan mereka tekanan untuk makan. Malah, sesetengah pengurus artis juga akan memberi tekanan kepada artis mereka untuk menurunkan berat badan secara drastik, menyebabkan mereka sanggup mengurangkan berat badan dengan cara tidak sihat seperti melalui pengambilan suplimen.

Pelakon Naomi Watts pernah mendedahkan beliau sanggup kelaparan untuk memastikan penampilannya di majlis anugerah kelihatan sempurna. Sementara itu, model berbadan bersaiz besar (plus-size model) Ashley Graham mendedahkan seorang ejen pernah mencampakkan duit not $20 pada mukanya dan menghinanya dengan mengatakan beliau mampu memperoleh lebih daripada itu sekiranya beliau lebih kurus. 

4. Tawaran berlakon dengan tukaran seks

skandal seks hollywood

Sejak sekian lamanya, terdapat desas-desus mengatakan terdapat orang-orang atasan dalam industri ini yang menawarkan tawaran lakonan kepada pelakon-pelakon baru dengan tukaran seks. 

Akres popular Megan Fox pernah membuat satu pendedahan mengejutkan dalam satu temuramah suatu ketika dahulu bahawa desas-desus tersebut adalah benar. Beliau mendedahkan, kebiasaannya seorang "orang atasan" dalam industri ini akan menjemput mana-mana artis untuk datang berjumpa mereka dengan alasan untuk berbincang mengenai tawaran berlakon.

Realitinya, itu hanyalah helah mereka untuk mendapat peluang meniduri artis-artis ini terutamanya yang masih baru dan terdesak mahukan tawaran lakonan. Perkara ini terbukti benar dengan pendedahan skandal seks Harvey Weinstein beberapa tahun sebelum ini. Setelah pendedahan tersebut, ramai aktres tampil untuk memberikan pendedahan mereka pernah diumpan perkara yang sama.

5. Terdapat individu yang boleh diupah memanipulasikan keadaan

michael sitrick 597

Seseorang artis juga merupakan manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sama juga halnya dengan artis Hollywood. Malangnya, ada kalanya kesilapan kecil mereka diperbesarkan sehingga reputasi mereka boleh tercalar dengan begitu teruk sekali.

Apabila seseorang selebriti itu ditimpa masalah, mereka akan mendapatkan individu seperti Michael Sitrick untuk memperbetulkan keadaan. Beliau merupakan seseorang yang pakar memanipulasikan keadaan. Sebagai contohnya, apabila seseorang artis dikecam media, beliau dan pasukannya akan menerbitkan pula lebih banyak artikel-artikel positif terhadap selebriti tersebut.

Tindakannya ini bukannya sahaja menenggelamkan artikel-artikel negatif terhadap seseorang artis, tetapi mengembalikan imej baik artis tersebut pada orang ramai. Antara kliennya adalah penyanyi, pelakon dan penulis lagu popular.

Kredit:

  1. The Sun
  2. INC
  3. American Way Mag
  4. Newsweek



Hakcipta iluminasi.com (2017)