Kredit foto: elle.my & Instagram Fazura
Spekulasi kononnya aktres Neelofa kecewa melihat bekas kekasihnya, Fattah Amin mendirikan rumah tangga dengan Fazura, nampaknya tidak benar.
Disangka bersedih, Neelofa bagaimanapun mempamerkan reaksi sebaliknya sewaktu mengacarakan rancangan Meletop semalam.
Dalam nada cukup gembira, Neelofa mengucapkan tahniah kepada Fattah dan Fazura yang telah selamat bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan pada 27 November lalu.
Kredit video: Youtube Meletop
Ia sekaligus memberikan kekuatan kepada peminat Lofattah untuk 'move on' kerana Neelofa sendiri telah membuktikan dia mampu melupakan kisah silamnya bersama aktor itu.
Kredit foto: Instagram Neelofa
Terdahulu, pasangan Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di hotel terkemuka, di ibu negara.
Neelofa pernah digosip menjalin cinta dengan Fattah ketika sama-sama membintangi drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot.
Sumber berita: Beautifulnara