Meskipun sering menjadi mangsa kecaman netizen sama sekali tidak menghalang usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri daripada terus berkongsi kisah peribadi hidupnya di laman sosial.
Terkini, Aliff dilihat lantang bersuara menghentam netizen yang mencacinya di laman Instagram.
Kisah bermula apabila Aliff memaklumkan dia sedang mencari pengawal peribadi, sambil memuat naik surat tawaran kerja tersebut.
Susulan itu, netizen mula berspekulasi Aliff hanya menggajikan sebanyak RM1,000 kepada pengawal peribadi yang berkhidmat dengannya.
Malah netizen berdebat akan jumlah bayaran kecil tersebut kerana dikatakan tidak setimpal dengan skop kerja dan bebanan kos sara hidup di Malaysia hari ini.
Bagaimanapun ia hanyalah andaian para pengikut, sedangkan Aliff sendiri tidak pernah mendedahkan jumlah sebenar gaji yang ditawarkan.
Aliff yang kelihatan berang lantas bangkit bersuara menyelar semula netizen yang memfitnah.
Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri