Kredit foto: Instagram Ellie Suriaty Omar
Pelakon, Ellie Suriaty Omar sah bercerai dengan suaminya, Azri Iskandar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa.
Ellie, 52, berkata, keputusan mengikut haluan sendiri dibuat kerana tiada jodoh untuk meneruskan kehidupan bersama berikutan tiada persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak 19 tahun lalu.
Kredit foto: Instagram Ellie Suriaty Omar
"Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri," katanya seperti yang dipetik daripada portal Getaran.
Bagi pelakon Ayat Dari Langit itu, bekas suaminya yang juga seorang pelakon masih dirasakan seorang bapa yang baik dan penyayang kepada anak-anak, di mana dia meminta peminatnya meninggalkan doa yang baik untuk kehidupan mereka berdua.
"Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya.
"Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami," sudahnya.
Terdahulu, Azri Iskandar, 54, bernikah dengan Ellie Suriaty pada 2003 dan perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Azrell, Nur Azreen dan Nur Aliah.
Biodata Ringkas Ellie Suriati
Nama penuh: Ellie Suriaty binti Omar
Tarikh lahir: 20 Februari 1970
Umur: 52 tahun
Pekerjaan: Pelakon, pengarah