Penyebaran virus yang dikenali sebagai COVID-19 semakin menakutkan dengan ribuan mangsa sudah terkorban di seluruh dunia. Malah, jumlah pesakit yang dijangkiti penyakit ini dan jumlah mereka yang terkorban juga sudah melebihi jumlah yang dicatatkan oleh virus SARS tidak lama dahulu.
Di Malaysia, keadaan dikatakan semakin terkawal dan saringan ketat juga telah dijalankan kerajaan di pintu keluar masuk lapangan terbang negara. Para pesakit juga ada yang sudah sembuh dan sedang dirawat. Boleh dikatakan, keadaan semakin terkawal.
BESARKAN TEKS A- A+
Tidak kira di Malaysia mahupun negara-negara lain yang mencatatkan kes COVID-19, jika dikaji dengan teliti semuanya mempunyai perkaitan dengan individu yang baru saja melancong atau menjejakkan kaki ke Wuhan, China. Dari situ, ianya mula menjangkiti ahli keluarga dan kenalan individu tersebut di seluruh dunia.
Penularan COVID-19 di Korea Selatan
Namun, terdapat kisah menarik di negara Korea Selatan. Individu ke 31 yang mencatatkan kes COVID-19 disana merupakan salah seorang anggota Shincheonji, sebuah ajaran sesat yang mendakwa mereka merupakan pengikut ajaran agama Kristian.
Lebih membimbangkan, pesakit ke 31 yang juga seorang wanita ini juga merupakan "superspreader", iaitu manusia yang telah "menyebarkan" virus ini ke ratusan lagi manusia di Korea Selatan. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan tidak pasti bagaimana wanita ini boleh dijangkiti virus ini memandangkan dia tidak mempunyai rekod ke Wuhan atau mana-mana lokasi di luar negara.
Ketika artikel ini ditulis, sebanyalk 1261 kes telah direkodkan di Korea Selatan dan 12 kematian sudah dicatat. Jumlah ini dijangka terus menaik disebabkan anggota Shincheonji dipercayai dengan sengaja mahu menyebarkan virus ini dengan lebih meluas lagi.
Kedengaran pelik bukan? Teruskan bacaan untuk mengetahui kepercayaan ajaran sesat Shincheonji ini.
Kenali ajaran Shincheonji
Shincheonji merupakan sebuah ajaran yang diketuai oleh seorang lelaki berusia 88 tahun bernama Lee Man-hee. Ajaran ini mempercayai bahawa pengasasnya, Lee Man-hee merupakan individu terpilih yang bakal dilantik sebagai Jesus Christ (Nabi Isa).
Pada tahun 2014, anggota ajaran ini dianggarkan berjumlah 120, 000 orang. Pada tahun 2020, jumlahnya dipercayai sudah mencecah 200, 000. Ahli Shincheonji mendakwa bahawa kitab Bible ditulis dalam metafora yang hanya pengasasnya, Lee, boleh mentafsirnya dengan betul.
Pada tahun 2016, pihak Church of England telah membuat amaran secara rasmi mengenai Shincheonji yang didakwa menyimpang daripada ajaran Kristian. Pada tahun 2019 pula, sebuah organisasi Kristian di India juga turut mengeluarkan amaran kepada penganutnya agar menjauhi ajaran Shincheonji.
Perkaitan ajaran Shincheonji dan COVID-19
Mengikut ajaran Shincheonji, manusia tidak hanya perlu menunggu Hari Kiamat. Sebaliknya merekalah yang perlu berusaha ke arah hari pengakhiran itu. Dalam erti kata mudahnya, mereka sememangnya sengaja menyebarkan viru COVID-19 ini agar lebih ramai manusia terkorban.
Penganut ajaran ini diajar untuk tidak takutkan virus malah tidak dibenarkan memakai topeng keselamatan setiap kali menghadiri upacara ritual. Dalam upacara ritual yang dihadiri, mereka biasanya akan berada berdekatan dan rapat antara satu sama lain menyebabkan virus ini mudah merebak dalam kalangan pengikut ajaran ini,
Schincheonji, sama seperti kebanyakan ajaran sesat yang lain, berselindung di sebalik agama yang utama (dalam hal ini, agama Kristian). Mereka dikatakan bijak menyembunyikan identiti di sebalik agama Kriistian untuk merekrut ahli baru.
Taktik ini dipercayai berjaya menarik orang atheis, agnostik dan Kristian untuk menyertai mereka. Maka tidak hairanlah jumlah keanggotaannya semakin meningkat. Malah, ajaran ini dikatakan sudah membuka cawangan di seluruh dunia termasuklah di Wuhan China.
Walau bagaimanapun, sejak tersebarnya berita mengenai COVID-19 kepada umum, mereka dikatakan cuba menyembunyikan kewujudan cawangan di Wuhan mereka ke seluruh dunia. Seolah-olah mereka sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum.
Setelah diselidiki, dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini anggota ajaran ini juga dipercayai telah melakukan banyak perjalanan ke luar negara termasuklah Israel. Mungkin disebabkan inilah terdapat 1 kes sudah direkodkan di Israel dan beberapa buah negara lain,
Di Korea, lebih separuh pesakit COVID-19 yang direkodkan mempunyai pertalian dengan ajaran ini. Lebih menimbulkan ketakutan, Lee Man-hee, pengasas ajaran ini mendakwa "kuasa"nya belum dapat dimunculkan selagi belum berlakunya kiamat. Dalam situasi masa kini, Lee mendakwa ianya sudah "semakin hampir".
Langkah kerajaan menangani penyebaran COVID-19
Pada masa kini, kerajaan Korea telah mengeluarkan amaran tahap merah di bandar Daegu, 237 kilometer dari Seoul. Keadaan di sana umpama Wuhan di China dimana peningkatan rekod COVID-19 naik begitu pantas sekali.
Pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea mendedahkan segalanya bermula apabila seorang wanita berusia 61 tahun telah menikmati hidangan buffet di restoran setelah menghadiri upacara ritual Shincheonji walaupun dirinya ketika itu menunjukkan simptom-simpoton penyakit COVID-19. Kerajaan menggelarkan wanita ini sebagai "Patient 31".
Apabila pihak Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea melaporkan insiden ini, pihak Shincheonji telah mengeluarkan kenyataan rasmi meminta pengikut mereka agar menyembunyikan identiti sebagai pengikut ajaran tersebut dan tidak mengikut segala arahan kerajaan berkaitan penyakit ini.
Malah, pengasas ajaran ini sendiri mengatakan bahawa syaitanlah yang telah menyebarkan virus untuk menghalang ajaran ini terus berkembang. Akibat daripada arahan yang dikeluarkan, ratusan pengikut yang menghadiri ritual bersama-sama Patient 31 juga cuba menipu dengan mengatakan mereka tidak menghadiri majlis tersebut.
Kerajaan Korea Selatan juga telah mengumumkan mereka akan membuat ujian kesihatan terhadap 200,00 ribu pengikut ajaran dan tidak menolak lebih banyak kes akan direkodkan. Larangan memakai topeng keselamatan sewaktu menghadiri upacara ritual ternyata akan memudahkan lebih ramai orang dijangkiti dengan COVID-19.
Kredit: