Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Selepas setahun bekerja memenuhi jadual aktiviti seninya yang padat, penyanyi Aiman Tino bakal keluar bercuti pada minggu ini untuk beberapa hari. Impian percutian tersebut akan direalisasikannya di salah sebuah pulau terkemuka di luar negara.

Bapa Aiman, Yusri Ishak memberitahu dia telahpun mengarahkan pihak pengurusan anaknya agar memberikan pelepasan selama lima hari mulai 18 April ini. Percutian tersebut diadakan bagi memberi ruang kepada penyanyi muda itu untuk berehat dan menenangkan fikiran.

aiman tino bakal bercuti 2

Kredit foto: Facebook Aiman Tino Fans Page

Sebenarnya, inilah cuti panjang pertama Aiman sejak setahun menyaksikan jadualnya sentiasa penuh. Syukur di atas sokongan peminat kerana rezekinya tidak putus. Sebagai bapa yang sentiasa menemaninya, saya tahu dia kepenatan. Jadi, kami mahu dia berehat puas-puas. Julung kali bercuti panjang, kami terfikir untuk membawanya ke Bali kerana keindahan pantai dan suasana yang nyaman. Kami akan pergi berempat, termasuk bapa saudaranya.

Sumber: BH Online 

Yusri membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di sebuah acara mempromosikan produk kecantikan keluaran syarikatnya, Sweet Aiman di sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya. 

Acara tersebut turut dihadiri oleh Aiman yang membuat kemunculan sambil menghiburkan penonton dengan dua buah lagu popularnya, Ku Rela Dibenci dan Permata Cinta.

Dalam pada itu, Aiman ketika ditemui turut mengulas akan dakwaan dirinya yang didakwa mengambil bayaran tinggi untuk menjayakan persembahan.

Menurut penyanyi muda itu, beliau menyerahkan urusan bayaran kepada pihak pengurusan dan ibu bapanya kerana beranggapan mereka lebih arif untuk menentukannya. Namun dia yakin harga yang diminta adalah berpatutan kerana dia sendiri baru sahaja menjayakan persembahan yang hanya bernilai RM1,500.  

aiman tino bakal bercuti 3

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Saya tidak tahu kalau ada pihak dakwa syarikat (pengurusan) meminta RM20,000 hingga RM30,000 untuk satu show. Semuanya dikendalikan syarikat yang kemudian memaklumkan kepada ayah. Soal bayaran pun saya tidak tanya kerana saya pasti ia bersesuaian. Semalam, umpamanya, kami menerima undangan hingga ke Kedah. Saya difahamkan bayaran sekitar RM1,500. Kalau saya 'demand', takkan saya terima, malah kami juga memandu sendiri ke sana.

Sumber: BH Online 

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal muncul dengan single ketiga yang akan dipasarkan mulai Julai ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)