Kredit foto: mStar Online
Baru-baru ini, Aidil Zafuan telah memuatnaik sebuah foto menerusi Instagramnya yang memaparkan komen bekas isterinya, Rita Rudaini.
Biarpun sudah lama bercerai, pertelingkahan antara Rita dan Aidil masih berpanjangan sehingga kini kerana sikap Rita yang gemar mengungkit perkara lepas.
Namun, kesabaran seseorang itu ada batasnya apabila Rita dilihat mempersendakan isteri Aidil, Zareema Zainal.
Dalam komen tersebut, Rita memperli pasangan itu dengan memberitahu dia berharap Zareema sentiasa dalam keadaan bahagia kerana Aidil seolah-olah mahu kembali kepadanya.
Sumber: artisbuzz.com