Oleh pada 26 Jul 2017 kategori

Kredit foto: bm.cari.com.my

Sebelum ini kita digemparkan dengan kritikan panas seorang pengikut Instagram aktres Rita Rudaini.

Menerusi kritikan itu, individu berkenaan mempertikaikan fesyen rambut panjang anak lelaki Rita iaitu Airit Qaqa Arjuna. Pengikut tersebut bimbang imej feminin Airit akan membuatkannya membesar sebagai "lelaki lembut".

Dalam sebuah wawancara terbaru, Rita mendedahkan perasaannya ketika membaca komen berkenaan.

hati mereka hitam rita rudaini berang anak jadi mangsa 2

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Bagi saya, orang macam itu penuh dengan sifat dengki dan iri hati sesama manusia. Kalau dengan budak kecil pun mereka kecam, maknanya hati mereka hitam. Itu anak saya dan saya tidak menyusahkan netizen. Jadi, kenapa perlu melayangkan komen sedemikian.

Sumber: Kosmo Online

Rita turut mendedahkan tindakan yang akan diambilnya sekiranya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa akan datang. 

hati mereka hitam rita rudaini berang anak jadi mangsa 3

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Saya akan jawab semua komen yang saya nampak sangat bermasalah. Kalau individu tersebut masih lagi melayangkan komen mengarut, saya akan menyekatnya. Apa yang boleh saya katakan, walaupun saya sudah lali dengan komen negatif, tetapi artis bukan dilahirkan untuk menjadi patung dan terima sahaja kecaman yang datang.

Sumber: Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)