Manusia sememangnya berdaya saing dalam segala hal daripada olahraga dan politik kepadalah kekayaan peribadi dan penampilan pasangan kita. Manusia secara umumnya gemar membandingkan diri mereka dengan orang lain dan hal ini benar terutamanya apabila ia berkaitan dengan tahap kepintaran mereka.
Salah satu ukuran tahap kepintaran dan kekecerdasan otak yang paling banyak digunakan dan terkenal ialah ujian IQ yang merujuk kepada satu siri ujian piawai yang dipercayai memberikan anggaran yang adil dan saksama tentang kepintaran anda berbanding dengan populasi manusia yang lain.
BESARKAN TEKS A- A+
Sesetengah pihak mendakwa bahawa tahap IQ mereka akan kekal sepanjang hayat mereka. Adakah dakwaan ini betul? Atau adakah tahap IQ seseorang itu mampu untuk berubah sepanjang hayat mereka?
Apa itu IQ?
Tahap IQ anda (yang bermaksud "intelligence quotient") mungkin akan dilupakan atau diabaikan selepas menamatkan pengajian akademik anda, sama seperti setiap skor ujian piawai lain (ACT, SAT, dll.). Biasanya skor IQ dapat meramal pencapaian akademik namun tidak secara keseluruhannya.
Kebanyakan manusia mempunyai skor IQ antara 70 dan 130 dan panduan umum maksud skor IQ adalah seperti berikut:
- 130 ke atas – Kepintaran unggul
- 110-120 – Kepintaran sederhana tinggi
- 90-110 – Kepintaran sederhana
- 70-90 – Kepintaran sederhana rendah
- Di bawah 70 – Terencat akal
Salah satu kehebatan ujian IQ ialah penyeragamannya, bermakna skor median 100 sentiasa digunakan bersama-sama dengan sisihan piawai 15 mata. Ini memberikan julat normal 85-115, yang mana majoriti populasi manusia berada dalam julat ini.
Memahami ujian skor IQ
Penggunaan umur dan skor seseorang membolehkan ukuran relatif tahap kepandaian diwujudkan dan apabila orang semakin tua, tempat mereka dalam julat itu cenderung untuk kekal sama. Ini telah membawa kepada kepercayaan bahawa tahap IQ adalah statik sepanjang hidup kita,
Namun, pada hakikatnya, ia lebih kepada isu statistik penduduk dan trend dalam pendidikan. Apabila kita semakin lama hidup dan menjadi "lebih bijak", begitu juga dengan kebanyakan orang lain seusia kita, menghasilkan skor IQ yang sama dari semasa ke semasa.
Hakikatnya, setiap orang menjadi "lebih bijak" apabila umur mereka menginjak usia mereka, tetapi skala IQ mengekalkan semua orang dalam konteks yang sama. Untuk memahami konsep ini dengan lebih mendalam, kita perlulah memahami bagaimana ujian penentuan skor IQ itu dibuat.
Format ujian IQ dan cara mendapat markah inilah yang menjadikan ianya begitu terkenal pada awal 1900-an. Skor IQ pertama kali digunakan untuk menguji kecerdasan kanak-kanak, dengan mencipta nisbah umur biologi mereka kepada markah mereka pada ujian IQ.
Ini bertujuan untuk menunjukkan kadar pembelajaran mereka, dan dengan itu, tahap kepandaian mereka. Secara umumnya, jika seseorang itu mempunyai IQ rendah semasa kecil, maka besar kemungkinan mereka akan mempunyai IQ rendah apabila dewasa. Perkara yang sama berlaku untuk mereka yang mempunyai tahap kepandaian sederhana dan tinggi.
Perubahan tahap IQ dalam hidup
Idea bahawa kita tidak boleh meningkatkan IQ kita bukan sahaja tidak betul, tetapi berbahaya untuk cita-cita pendidikan kita. Anda boleh menggunakan pengetahuan sedia ada seseorang dan menunjukkan kepada mereka cara menggunakannya dengan lebih cekap, dengan meningkatkan organisasi, pemahaman atau kemahiran pengurusan masa mereka, contohnya.
Cara kita mengklasifikasikan, mengkategorikan dan mengakses pengetahuan boleh dipertingkatkan apabila kita meningkat usia, dan dengan itu markah IQ kita pasti boleh meningkat (dan berkurangan, jika kita tidak memastikan otak kita bertambah baik secara aktif).
Konsep "belajar bagaimana untuk belajar" adalah sangat penting apabila membincangkan IQ. Dari masa ke masa, manusia boleh menjadi lebih baik dalam belajar dan berinteraksi dengan dunia dengan menggunakan teknik baharu untuk ingatan dan deduksi, sambil menggunakan ilmu yang sudah sedia diketahui dan menyelaraskan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Konsep "belajar bagaimana untuk belajar" adalah sangat penting apabila membincangkan IQ. Dari masa ke masa, manusia boleh menjadi lebih baik dalam belajar dan berinteraksi dengan dunia dengan menggunakan teknik baharu sambil menggunakan ilmu yang sedia ada dan menyelaraskan pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Dengan cara ini, aspek asas "kepandaian" kita (kecerdasan, penaakulan, penyelesaian masalah, kemahiran visuospatial) pasti boleh dipertingkatkan.
Kredit: