Apabila anda terdengar perkataan "Holland", anda mungkin membayangkan bunga tulip yang berwarna warni, kincir angin, terusan, keju dan juga kasut kayu yang sangat comel.
Anda juga mungkin beranggapan bahawa Holland yang terkenal dengan bandar seperti Amsterdam dan Rotterdam, adalah sebuah negara.
Walaupun Holland telah diterima secara universal sebagai nama ganti bagi Netherlands (Belanda), namun ia hanyalah sebuah wilayah di Belanda.
BESARKAN TEKS A- A+
Malah, laman sesawang pelancongan kerajaan untuk negara ini adalah Holland.com.
Dalam kata mudah, Holland adalah nama timangan bagi Netherland dan ia lebih mudah serta pendek untuk disebut.
Jadi, bilakah kekeliruan tentang kedua-dua nama ini bermula?
Ia kembali kepada kisah pelaut-pelaut Belanda yang melintasi laut semasa Zaman Emas untuk mencari tanah, jalan perdagangan dan rempah baru.
Apabila ditanyakan dari negara mana mereka datang, para pelaut ini dikatakan memberitahu mereka dari Holland Utara atau Holland Selatan.
Ini membuatkan ramai orang luar menyangkakan bahawa Holland adalah sebuah negara.
Namun, Belanda sendiri telah melalui pelbagai perubahan nama selama bertahun-tahun, yang mana hanya menambahkan lagi kekeliruan.
Dari tahun 1588 hingga 1795, negara ini dikenali sebagai "Republic of Seven United Netherlands", namun selepas republik ini ditawan oleh tentera Perancis pada tahun 1795, ia bertukar menjadi Republik Batavia.
Pemerintah Perancis Napoleon Bonaparte menamakan abangnya Louis sebagai raja pada tahunn 1806, menukarkan negara ini kepada sebuah kerajaan.
Selepas pengunduran Napoleon dari kawasan tersebut, Netherlands kekal sebagai kerajaan yang diperintah oleh William VI of Orange.
William VI adalah putera raja Republik Belanda yang berdaulat dan pada tahun 1815, beliau menjadi raja United Netherlands yang merangkumi selatan Netherlands dan Grand Duchy Luxembourg.
Namun pada tahun 1831, kuasa Eropah terkemuka memutuskan bahawa Belgium harus merdeka dan Netherlands seperti yang kita tahu pada hari ini terbentuk.
Pada ketika itu, kawasan yang dikenali sebagai Holland telah memberikan sumbangan terbesar kepada ekonomi dan kekayaan negara.
Jadi, Holland adalah nama yang paling biasa digunakan untuk menggambarkan seluruh negara itu.
Hakikatnya, Holland hanyalah merangkumi 2 daripada 12 wilayah Netherlands iaitu Holland Utara dan Selatan, yang terletak di bahagian pantai barat negara ini.
Holland Utara dan Selatan adalah lokasi kepada ibu negara Netherlands iaitu Amsterdam, lokasi pemerintahannya, The Hague, dan pelabuhan terpenting Eropah iaitu Pelabuhan Rotterdam.
10 lagi wilayah di Netherlands adalah Zeeland, Noord-Brabant, Utrecht, Flevoland, Friesland, Gronigen, Drenthe, Overijssel, Gelderland dan Limburg, yang mana kebanyakan daripada kita langsung tidak pernah mendengar nama-nama ini.
10 wilayah ini masing-masing mempunyai modal, peraturan dan pentadbiran sendiri.
Jadi pada dasarnya, memanggil Netherlands dengan nama Holland adalah sama dengan merujuk United Kingdom sebagai England.
Namun, anda tidak salah jika mengatakan anda pergi ke Holland, jika anda melawat Amsterdam kerana bandar ini terletak di wilayah Holland.
Bagaimana pula orang yang tinggal di Netherland (atau Holland) memanggil diri mereka? "Dutch" adalah istilah paling meluas yang digunakan untuk menggambarkan semua rakyat Netherlands.
Mereka yang berasal dari wilayah Holland Utara dan Selatan biasanya dipanggil sebagai Hollander.
Orang Belanda menggunakan "Nederlands" sebagai salah satu cara untuk menggambarkan Belanda, dan "Nederlanders" apabila merujuk kepada orang Belanda, tetapi istilah ini jarang digunakan dalam bahasa Inggeris.
Rujukan:
1. Holland
2. Afar
3. History