Oleh pada 25 Jun 2019 kategori

Setiap daripada kita mempunyai masa dan fasa kehidupan yang berbeza. Ada di antara kita menamatkan zaman bujang di awal usia dan ada yang menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat melihat dunia.

Ada juga diantara kita yang telah ditakdirkan untuk menggalas tugasan yang tersangat berat seperti menjadi tulang belakang keluarga walaupun masih bergelar remaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan dalam sejarah Kesultanan Melayu, terdapat beberapa Raja Melayuyang juga dipertanggungjawab untuk meneruskan warisanKesultanan masing-masing dengan menjadi sultan di usia yang tersangat muda.

iluminasi.com kongsikan 9 Raja Melayu yang menaiki takhta sebagai Sultan di usia yang tersangat muda.

1. Almarhum DYMM Sultan Zainal Abidin III Mu'azzam Shah

sultan zainal abidin iii muadzam shah raja melayu paling muda menaiki takhta dalam sejarah

Diputerakan pada 12 April 1866, Almarhum DYMM Sultan Zainal Abidin III Mu'azzam Shah merupakan putera kepada Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah II dan Almarhumah Tengku Kulsum.

Baginda merupakan Sultan Terengganu yang ke-11, memerintah negeri Pantai Timur itu dari 18 Disember 1881 hingga 26 November 1918.

Sultan Zainal Abidin III telah melakarkan sejarah Kesultanan Melayu di mana baginda merupakan Raja Melayu yang paling muda menaiki takhta iaitu ketika masih remaja di usia 15 tahun.

Di bawah pemerintahan baginda, Terengganu menjadi negeri naungan British melalui Perjanjian Anglo-Siam 1909. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III mewartakan perlembagaan pertama Terengganu.

Baginda memerintah Terengganu selama 37 tahun dan mangkat di usia 52 tahun pada 26 November 1918, dimakamkan di Makam Diraja Masjid Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

sultan zainal abidin iii muadzam shah raja melayu paling muda menaiki takhta dalam sejarah 2

Tampuk pemerintahan Terengganu kemudiannya diambil alih oleh 2 putera baginda yang menjadi sultan iaitu Almarhum Sultan Haji Muhammad II Muazzam Shah dari tahun 1918 hingga 1920 dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah sehingga tahun 1942.

Sultan Muhammad Muazzam Shah II hanya memerintah selama 2 tahun dan turun takhta pada 1920 akibat dasar pemerintahan oleh British dan atas dasar prinsip baginda.

Dengan ini, baginda merupakan sultan pertama yang turun takhta dalam sejarah Terengganu.

Selain daripada Sultan Zainal Abidin III Mu'azzam Shah, terdapat beberapa lagi sultan dalam sejarah Kesultanan Melayu yang menaiki takhta pada usia yang begitu muda.

Antaranya termasuklah:

2. Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah 

sultan abdul hamid halim shah 56

Baginda yang diputerakan pada tahun 1864 menaiki takhta sebagai Sultan Kedah ke-26 ketika berusia 17 tahun.

Sultan Abdul Hamid Halim Shah mangkat pada 13 Mei 1943 selepas memerintah negeri Kedah selama 62 tahun.

3. Almarhum DYMM Sultan Mansur

Pada tahun 1891 ketika Sultan Mansur berusia 21 tahun, baginda diangkat menjadi sultan bagi menggantikan kakandanya Sultan Muhammad III.

Baginda memerintah negeri Kelantan selama 9 tahun hingga tahun 1900 yang kemudiannya digantikan oleh Sultan Muhammad IV, anak kakandanya Sultan Muhammad III.

4. Almarhum DYMM Sultan Ibrahim Al-Mahsyur

sultan sir ibrahim al mahsyur

Merupakan Tengku Mahkota Johor selama 4 tahun dari tahun 1891 hingga 1895, Sultan Ibrahim Al-Mahsyur menaiki takhta ketika berusia 22 tahun.

Baginda menggantikan ayahandanya Sultan Abu Bakar untuk menjadi Sultan Johor ke-22 dan Sultan Johor moden yang ke-2. 

Sultan Ibrahim mangkat pada 8 Mei 1959 selepas memerintah Johor selama 64 tahun dan digantikan oleh anakandanya, Sultan Ismail Al Khalidi.

5. Almarhum DYMM Sultan Ahmad Tajuddin III Al-Mukarram Shah

Juga melakarkan sejarah sebagai sultan ke-4 termuda yang menaiki takhta bersama-sama Sultan Ibrahim Al-Mahsyur, Sultan Ahmad Tajuddin III Al-Mukarram Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-24 pada tahun 1854 ketika berusia 22 tahun.

Baginda memerintah negeri Jelapang Padi selama 25 tahun sebelum mangkat pada 1879 dan digantikan oleh anakandanya, Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II.

Raja Melayu lain yang menaiki takhta ketika berusia kurang daripada 25 tahun termasuklah:

6. Almarhum DYMM Raja Syed Alwi (Perlis) - 23 tahun

Diputerakan : 13 April 1881

Naik takhta : 30 Disember 1904

Mangkat : 1 Februari 1943

raja syed alwi 209

7. Almarhum DYMM Yamtuan Tuanku Muhammad (Negeri Sembilan) - 23 Tahun

Diputerakan : 25 April 1865

Naik takhta : 22 Oktober 1888

Mangkat : 1 Ogos 1933

dymm yamtuan tuanku muhammad

8. Almarhum DYMM Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Terengganu) - 25 tahun

Diputerakan : 1 Disember 1895

Naik takhta : 20 Mei 1920

Mangkat : 25 September 1942

dymm sultan sulaiman badrul alam shah

9. Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail (Perlis) - 25 tahun

Diputerakan : 25 November 1920

Naik takhta : 4 Disember 1945

Mangkat : 16 April 2000

tuanku syed putra jamalullail

kesultanan melayu 476

Rujukan:

1. Waktu Solat

2. Warisan Permaisuri

3. Sultan Zainal Abidin III Muadzam Shah




Hakcipta iluminasi.com (2017)