Pasti ramai yang menyedari bahawa Marvel Cinematic Universe menggunakan khidmat pelakon bintang yang paling ramai di Hollywood.
Untuk seseorang pelakon disenarai pendekkan untuk uji bakat dalam filem adiwira adalah tersangat sukar apatah lagi membintangi watak penting seperti Captain America, Iron Man dan ramai lagi.
Malah, walaupun mempunyai reputasi yang hebat, seseorang itu tidak terjamin untuk dipilih.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 9 pelakon bintang yang hampir-hampir membintangi The Avengers.
1. Tom Cruise - Iron Man
Lama sebelum filem Iron Man berada dalam minda presiden Marvel Studios, Kevin Feige, filem ini sudah lama berkembang.
Pada satu ketika pada tahun 1990-an di mana hak francais dimiliki oleh 20th Century Fox, Tom Cruise muncul sebagai calon untuk memainkan watak Tony Stark.
Kevin Feige mengesahkan bahawa terdapat perbincangan mengenai perkara ini dengan Tom Cruise namun ia tidak menjadi kenyataan.
2. Wesley Snipes - Black Panther
Wesley Snipes menyatakan hasratnya untuk membintangi filem Black Panther seawal tahun 1992.
Sayangnya, pembangunan projek Black Panther terus dibelenggu sepanjang tahun 1990-an dan awal tahun 2000. Malah, pengarah seperti John Singleton juga dikhabarkan akan terlibat dalam projek ini.
Akan tetapi, penglibatan Wesley dengan francais Blade dan masalah peribadinya menggagalkan keinginannya.
Ketika Black Panther akhirnya dimasukkan ke dalam MCU, Wesley dianggap sudah terlalu tua untuk menjadi calon yang serius untuk watak tersebut.
3. Jake Gyllenhaal - Spider-Man
Pra-pengeluaran filem Spider-Man 2 tergendalam apabila pelakon utamanya, Tobey Maguire mengumumkan beliau mengalami kesakitan pada bahagian belakangnya.
Ini membuatkan Tobey enggan melakukan aksi yang diperlukan dalam filem tersebut.
Beranggapan bahawa situasi ini boleh menjadi taktik berunding, pihak Sony menunda tarikh pelancaran dan bertemu dengan Jake Gyllenhaal berkenaan potensi untuk mengambil alih peranan watak Spiderman.
Namun, pihak Sony dan Tobey berbincang semula dan pada ketika itu, Jake Gyllenhaal sudah disahkan untuk membuat kemunculannya sebagai Mysterio dalam Spider-Man: Far From Home.
4. David Duchovny - Hulk
Persaingan antara Edward Norton dan David Duchovny adalah sangat sengit dari segi siapa yang akan dipilih untuk membintangi filem Incredible Hulk 2008.
Malah, sesetengah sumber melaporkan bahawa David telah menandatangani perjanjian sebelum semuanya jelas bahawa Edward telah yang akan memegang watak Hulk.
Sudah tentu perkara akan menjadi sangat berlainan jika David yang dipilih untuk memainkan watak Hulk. Antaranya adalah adakah Mark Ruffalo akan mengambil alih watak Hulk dalam The Avengers, atau David Duchovny yang akan beraksi menentang penjahat seperti Ultron dan Thanos?
5. Liam Hemsworth - Thor
Dengan terlalu banyak adik-beradik Hemsworth yang aktif di Hollywood, kadang-kala mereka terpaksa bersaing sesama sendiri.
Sebenarnya, Liam Hemsworth iaitu adik kepada Chris Hemsworth adalah nama yang berada dalam senarai pendek untuk memainkan watak Thor.
Namun setelah uji bakat kedua, pengarah Kenneth Branagh dan Marvel Studios berasakan bahawa Chris lebih sesuai untuk menjadi Thor. Liam terpaksa berpuas hati dengan muncul dalam satu lagi francais blockbuster, The Hunger Games.
6. John Krasinski - Captain America
Tahu atau tidak, watak Captain America hampir-hampir tidak dimainkan oleh Chris Evans.
Proses uji bakat Sentinel of Liberty terbukti antara salah satu tugasan yang tersangat sukar dan panjang bagi Marvel Studios.
John Krasinski juga terlibat dalam uji bakat ini sehingga ke tahap menjalani penggambaran ujian pakaian Captain America sebelum memutuskan bahawa watak tersebut tidak sesuai untuknya.
Malah, John mendedahkan dalam satu temuramah bahawa melihat Christ Hemsworth memakai pakaian Thor cukup untuk meyakinkan dirinya bahawa dia tidak layak untuk memegang watak penting seperti Captain America.
7. Jason Momoa - Drax
Melihatkan rupa parasnya yang sangat menarik dan tubuh badan yang "sado", Jason Momoa dengan pantas terpilih untuk memegang watak dalam filem adiwira.
Sebelum bersetuju untuk memainkan watak Aquaman dalam DC Extended Universe, Jason hampir-hampir memainkan watak Drax the Destroyer.
Akan tetapi, Jason memutuskan untuk tidak meneruskannya kerana bimbang watak tersebut terlalu serupa dengan watak yang pernah dimainkan sebelumnya.
8. Joseph Gordon-Levitt - Ant-Man
Joseph Gordon-Levitt hampir-hampir menjadi salah seorang daripada beberapa pelakon yang berkecimpung dalam DC dan Marvel Universes.
Selepas muncul sebagai John Blake dalam The Dark Knight Rises 2012, nama Joseph disebut-sebut untuk membintangi Ant-Man yang ketika di bawah pengarah Edgar Wright.
Pada tahun 2013, Joseph dan Paul Rudd muncul sebagai 2 nama utama namun akhirnya Paul dipilih sebagai Ant-Man.
9. Joaquin Phoenix - Doctor Strange
Sebelum Benedict Cumberbatch diuji bakat untuk Sorcerer Supreme, Joaquin Phoenix kelihatan seperti pendahulu untuk membintangi francais Marvel ini.
Ketika ditanyakan mengapa dia menolak tawaran tersebut, Joaquin memberitahu bahawa dia kurang bersetuju dengan filem berkonsepkan adiwira fiksyen dan mengatakan bahawa ia adalah keputusan terbaik bagi semua orang yang terlibat.
Sebaliknya, Joaquin bakal membuat kemunculan dalam filem anti-adiwira pertamanya sebagai Joker yang diarahkan oleh Todd Phillips.
Rujukan:
1. IGN
2. Comic Book
3. What Culture