Oleh pada 25 Dec 2019 kategori

Umum mengetahui bahawa negara India sememangnya sebuah negara yang sangat unik dan menarik. Namun dari segi undang-undang, ia juga mempunyai antara yang paling pelik di dunia.

Undang-undang pelik ini tidak semestinya sesuatu yang buruk, tetapi kerana ia lain daripada yang lain.

Kadang-kala ia diwujudkan bagi melindungi rakyat mereka dan menjadikan negara lebih aman. Dan walaupun pelik, terdapat undang-undang yang dilihatkan sebagai perlu dalam senarai ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 8 undang-undang paling pelik di India.

1. Pengambilalihan tanah rakyat

undang undang tanah india

Di India, terdapat undang-undang yang dikenali sebagai Akta Pengambilan Tanah 1894.

Akta ini membolehkan pihak kerajaan untuk menafikan hak tuan tanah terhadap sebahagian besar daripada tanah mereka dan digunakan untuk membina bangunan awam atau perkara lain.

Asalnya diperkenalkan oleh pihak British ketika menjajah India, undang-undang ini sering kali disalahgunakan oleh kerajaan yang mengambilalih tanah tersebut untuk projek persendirian mereka.

Ini secara haknya adalah tidak adil bagi pemilik tanah dan ia dilihatkan sebagai sesuatu yang agak keras.

2. Had umur minum alkohol

undang undang minuman keras di india

Undang-undang yang membolehkan seseorang itu meminum minuman keras ada di hampir setiap negara di dunia, namun agak berlainan di India.

India mempunyai 29 buah negeri dan setiap daripadanya mempunyai had umur yang berbeza bagi pengambilan alkohol.

Sebagai contoh, negeri Maharashtra membenarkan rakyatnya minum alkohol ringan untuk 21 tahun ke atas dan 25 tahun ke atas bagi alkohol keras. Manakala Goa pula, mempunyai undang-undang minum alkohol seawal usia 8 tahun.

Walaubagaimanapun, undang-undang kebangsaan menyatakan bahawa tiada siapa yang berusia di bawah 18 tahun boleh minum alkohol.

3. Undang-undang pisau

undang undang pisau india

Apabila melibatkan pisau, ia bukanlah sesuatu yang diambil mudah oleh kerajaan India. India mempunyai undang-undang had terhadap pisau dan tentera India diharamkan daripada menggunakan pisau ketika bertempur.

Akta Senjata India melarang penggunaan sebarang senjata yang mempunyai bucu tajam dan boleh menyebabkan cedera parah, kecuali kirpan yang harus mempunyai panjang kurang daripada 9 inci dan yang dibawa oleh orang Sikh.

Apa yang aneh adalah undang-undang ini tertakluk kepada para tentera yang mana tugas mereka adalah menjaga keamanan dan keselamatan negara, sudah tentu mereka seharusnya dibolehkan untuk menggunakan apa sahaja objek sebagai senjata.

4. Bunuh diri

undang undang bunuh diri india

Walaupun ia kedengaran pelik, namun undang-undang ini sangat baik. Tahukah anda cubaan membunuh diri dikira sebagai satu jenayah di India?

Menurut seksyen 309 Kanun Keseksaan India, jika seseorang itu cuba mengambil nyawanya sendiri, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun.

Dan jika anda berjaya, sudah tentulah anda tidak perlu menjalani hukuman ini kerana anda sudah mati.

Ini menjadi agak aneh bagi ramai orang kerana pandangan popular adalah manusia seharusnya mempunyai hak untuk memilih sama ada mereka mahu terus hidup atau tidak.

Akan tetapi, undang-undang ini membolehkan si pelaku untuk bermuhasabah dan juga fikir dengan lebih waras.

5. Homoseksual

undang undang homoseksual india

Undang-undang ini dianggap pelik bagi Barat kerana ia tidak menjadi satu kesalahan di sana, melibatkan hubungan seks homoseksual yang sudah jelas lagi adalah haram.

Disebabkan ini, ia telah menyebabkan kekecohan media. Undang-undang ini melarang sebarang jenis aktiviti homoseksual yang melawan hukum alam. 

Jadi, jika rakyat India ditangkap oleh pihak polis sedang melakukan sesuatu seperti ini dengan jantina yang sama, mereka boleh dikenakan hukuman penjara.

6. Anak ketiga

undang undang anak ketiga di india

Perkara ini bukan sahaja berlaku di China, tetapi juga di India namun ia sedikit longgar. Jika seseorang itu mempunyai anak ketiga di negeri Kerala, mereka boleh dikenakan caj penalti.

Di Kerala, jika anda inginkan anak ketiga maka anda perlu membayar denda sebanyak 10,000 rupee. Denda ini mungkin kelihatan agak mahal namun jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, ia hanyalah RM580.

Mereka juga berhadapan dengan penafian hak untuk mendapatkan pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma.

Undang-undang ini adalah untuk mengawal populasi India yang semakin meningkat, namun jika anda mempunyai wang, jumlah anak tidak menjadi masalah.

7. Juruterbang Tentera Udara India

undang undang juruterbang tentera udara india

Sudah tentu untuk menjadi seorang tentera tak kiralah bahagian mana sekalipun, seseorang itu harus melepasi syarat-syarat yang ditetapkan.

Di India, keperluan utama untuk menjadi juruterbang bagi Tentera Udara India adalah panjang kaki juruterbang tersebut harus minimum 99 sentimeter.

Jadi, jika ketinggian anda adalah 180 sentimeter tetapi panjang kaki anda kurang daripada 99 sentimeter, maka anda tidak layak untuk menjadi juruterbang Tentera Udara India.

8. Bermain layang-layang

undang undang main layang layang india

Undang-undang pelik terakhir di India adalah yang paling tidak masuk akal sekali, iaitu anda tidak boleh bermain atau menerbangkan layang-layang tanpa permit.

Layang-layang juga dianggap sebagai pesawat, jadi menurut Akta Pesawat India 1934, anda memerlukan permit untuk menghasilkan, memiliki atau bermain layang-layang.

Seperti pesawat, undang-undang ini juga tertakluk kepada drone, namun ia masih tidak pelik jika dibandingkan dengan layang-layang.

Undang-undang ini yang terdahulu menyatakan hukuman penjara maksimum 6 bulan dengan sehingga RM580. Selepas pindaan pada tahun 2008, denda dan hukuman penjara dinaikkan, kepada sehingga RM58,000 dan sehingga 2 tahun penjara.  

Dengan ini, bermain layang-layang menjadi satu hobi yang lebih mahal berbanding hobi bermotosikal di India.  

Rujukan:

1. Times of India

2. FTD

3. Top Yaps




Hakcipta iluminasi.com (2017)