Hadiah Nobel adalah satu anugerah antarabangsa tahunan yang diberikan dalam beberapa kategori oleh institusi Sweden dan Norway sebagai pengiktirafan terhadap dalam akademik, budaya atau saintifik.
Ia merupakan cetusan wasiat ahli sains Sweden, Alfred Nobel, pada tahun 1895.
Hadiah-hadiah dalam Kimia, Sastera, Keamanan, Fizik dan Fisiologi atau Perubatan pertama kali dianugerahkan pada 1901.
BESARKAN TEKS A- A+
Antara pemenang Hadiah Nobel yang terkenal termasuklah Albert Einstein, Barrack Obama, Nelson Mandela, Mother Theresa dan Yasser Arafat.
iluminasi.com kongsikan 8 individu paling muda yang pernah menerima Hadiah Nobel.
8. Tawakkol Karman - 32 tahun
Tawakkol Abdel-Salam Karman adalah wartawan, ahli politik, dan aktivis hak asasi manusia kelahiran Yaman.
Beliau mengetuai kumpulan "Women Journalists Without Chains" yang ditubuhkan pada tahun 2005.
Tawakkol menjadi wajah masyarakat antarabangsa terhadap pemberontakan Yaman 2011 yang merupakan sebahagian daripada pemberontakan Arab Spring.
Beliau telah digelarkan sebagai "Wanita Besi" dan "Ibu Revolusi" oleh rakyat Yaman. Tawakkol menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2011 ketika berusia 32 tahun, menjadikannya wanita ke-2 termuda yang pernah menerima hadiah ini.
7. Frederick G. Banting - 32 tahun
Pemenang Hadiah Nobel ke-7 termuda di dunia adalah Frederick G. Banting, yang menerimanya dalam kategori perubatan pada tahun 1923 ketika berusia 32 tahun.
Sir Frederick Grant Banting adalah saintis perubatan, doktor dan pelukis. Beliau terkenal sebagai penemu bersama insulin dan potensi terapeutiknya
6. Paul A. M. Dirac - 31 tahun
Paul Adrien Maurice Dirac adalah ahli fizik teori Inggeris yang membuat sumbangan asas kepada pembangunan awal kuantum mekanik dan elektrodinamika kuantum.
Antara penemuan lain, beliau telah merumuskan persamaan Dirac yang menggambarkan tingkah laku fermions dan meramalkan kewujudan antimatter.
Paul menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1933, ketika berusia 31 tahun.
5. Carl D. Anderson - 31 tahun
Lahir pada 3 September 1905, Carl D. Anderson merupakan ahli fizik Amerika Syarikat.
Beliau terkenal dengan penemuan positronnya pada tahun 1932, pencapaian yang membolehkan beliau menerima Hadiah Nobel Fizik 1936 dan penemuan muon pada tahun 1936.
Carl berusia 31 tahun ketika menerima anugerah ini.
4. Tsung-Dao Lee - 31 tahun
Individu ke-4 termuda yang pernah menerima anugerah berprestij ini adalah warga China-Amerika, Tsung-Dao Lee.
Tsung adalah seorang ahli fizik yang terkenal dengan hasil kerjanya mengenai pelanggaran pariti, Model Lee, zarah fizik, fizik ion berat relativistik (RHIC), solitaun nontopologi dan bintang soliton.
Beliau menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1957 ketika berusia 31 tahun.
3. Werner Heisenberg - 31 tahun
Lahir pada 5 Disember 1901, Werner Heisenberg menerima Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 1932 ketika berusia 31 tahun, menjadikannya manusia ke-3 termuda yang pernah menerima hadian ini.
Werner Karl Heisenberg adalah ahli fizik teori Jerman dan salah satu perintis utama mekanik kuantum. Beliau terkenal dengan prinsip kebarangkalian Heisenberg, yang diterbitkan pada tahun 1927.
2. Lawrence Bragg - 25 tahun
Sir William Lawrence Bragg adalah seorang ahli fizik British dan ahli kristalografi X-ray. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam penemuan hukum Bragg difraksi sinar-X, yang merupakan asas bagi penentuan struktur kristal.
Lawrence adalah pemenang bersama dengan bapanya, William Henry Bragg untuk Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1915. Ketika itu, Lawrence berusia 25 tahun.
1. Malala Yousafzai - 17 tahun
Malala Yousafzai adalah aktivis Pakistan untuk pendidikan wanita dan pemenang hadiah Nobel termuda di dunia, dengan jurang umur 8 tahun daripada pemenang ke-2 termuda.
Beliau juga merupakan satu-satunya individu yang menerima penghargaan ini di bawah usia 20 tahun, ketika masih remaja.
Beliau terkenal dengan advokasi hak asasi manusia, terutamanya pendidikan wanita dan kanak-kanak di lembah Swat asli di Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan, di mana Taliban tempatan pada masa itu mengharamkan gadis-gadis dari sekolah.
Advokasi beliau telah berkembang menjadi gerakan antarabangsa. Malala menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2014 ketika berusia 17 tahun.